Mengenai Saya

Foto saya
BILA BERBICARA BIAR LOJIK WALAUPUN ORANG KATA KITA MERAPU. BILA MENDERMA BIAR IKLAS WALAUPUN SEDIKIT TETAPI KITA MAMPU.

Rabu, 22 Mac 2017

Tanya Sekali Cukup Laa...

Tak tahu tang mana tidak kena.Selalu Abang Misai perhati bila orang berurusan dikaunter kaunter perkhidmatan atau membayar harga minuman mesti pelanggan bertanya dua tiga kali.
Contohnya begini:-
Kesah 1
Kaunter Pertanyaan
Pelanggan:Tandas mana kak?
Kakak Kaunter:Jalan terus belok kiri.
Pelanggan:Mana kak??
Kakak Kaunter:Jalan terus belok kiri.
Pelanggan:Ow jalan terus belok kiri yer?
Kakak Kaunter:Ya betul (dalam hati kakak itu mesti cakap:Pekak agaknya.Orang cakap melayupun susah nak faham)

Kesah 2
Kaunter Bayaran
Pelanggan:Berapa semua?
Mamak:Makan apa?
Pelanggan:Mee Goreng satu.Air suam satu.
Mamak:Enam ringgit.
Pelanggan:Berapa??
Mamak:Enam ringgit.
Pelanggan:Enam ringgit?
Mamak angguk kepala ajer.Malas nak layan agaknya.
Itulah kesahnya.Alahai....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan