Mengenai Saya

Foto saya
BILA BERBICARA BIAR LOJIK WALAUPUN ORANG KATA KITA MERAPU. BILA MENDERMA BIAR IKLAS WALAUPUN SEDIKIT TETAPI KITA MAMPU.

Rabu, 15 Mac 2017

Ini Kesah Mat Piah

Pernah sekali Abang Misai keluar makan bersama seorang rakan tanpa mempunyai wang.Kira pokailah senang cakap.
Lepas makan Abang Misai kata biar Abang Misai bayar.Cakap besarlah konon.
Kamipun pergi kekaunter bayaran.Depan kaunter itu Abang Misai mula berlakun celup poket depan raba poket belakang dan tepuk2 poket sisi peha.Maklumlah hari ini Abang Misai pakai seluar banyak poket.Seluar banyak poket nie leceh sikit.Kekadang Abang Misai lupa poket tang mana yang ada duit.Cari punya cari habukpun tarak.Rakan Abang Misai sudah mulai cemas.Dari raut muka dia yang berkedut itu Abang Misai dapat agak dia nie pun tengah pokai juge.Abang Misai ingat dapat harapkan dia.
Saat ini Abang Misai sudah mula berpeluh.
Semasa tengah kesat peluh didahi tetiba Mat Piah muncul tepat waktunya  didepan kaunter.Mat Piah nie sudah faham keadaan sebab dia nie dulu pun pernah keluar makan bersama Abang Misai ketika Abang Misai tengah pokai juge.Nasib baik hari ini dia bayar.
Semua sekali termasuk Mat Piah kena dalam RM:xx.10sen.
Bila mamak tanya ada duit kecik sepocen cepat2 Abang Misai tepuk telinga kiri dan tadah tangan ditelinga kanan.Adapun sepocen jatuh dari celah cuping telinga Abang Misai.Abang Misai bagi kat Mat Piah beserta dengan senyuman manis.
Terima kasih Mat Piah.Heh3x...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan