Mengenai Saya

Foto saya
BILA BERBICARA BIAR LOJIK WALAUPUN ORANG KATA KITA MERAPU. BILA MENDERMA BIAR IKLAS WALAUPUN SEDIKIT TETAPI KITA MAMPU.

Jumaat, 17 Mac 2017

Hairan

Pernah sekali Abang Misai berdiri keras membatukan berdiri ditepi jalan sambil jari menuding kearah langit.
Tingkah laku Abang Misai menimbul tandatanya dikalangan orangramai yang lalu lalang disitu.Ada yang berhenti pandang Abang Misai atas bawah lepas itu memandang kearah langit.
Bila satu orang buat begitu maka makin ramai yang berhenti dan sama2 pandang kearah langit.Mereka hairan apa sebenarnya yang Abang Misai tunjuk.
Apabila semua orang leka memandang kearah langit Abang Misai pun mencelah menghilangkan diri lantas masuk duduk dalam warung mamak.
Mamak yang ambil order tanya Abang Misai apa yang diorang tengok.Abang Misai kata 'You tengoklah sendiri.Mesti you pun hairan'.Selepas hidangkan segelas teh tarik mamakpun berlari ketempat orang ramai tadi.
Lepas itu mamak balik kewarung dia dengan muka hairan.
Mamak tanya Abang Misai.'Betullah Abang Misai cakap.Saya hairan apa yang dia orang tengok'.
Heh3x...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan