Apabila satu ketika warung mamak penuh dan cuma ada satu tempat duduk lagi mesti kita terpaksa ambil dan duduk juge berhadapan dengan Abang Banggali yang sedang menikmati kopi panasnya.
Tentu antara kita dengan Abang Benggali itu tidak akan bercakap atau cuba bersembang.Abang Benggali itu pandang tempat lain.Kita pula pandang tempat lain.
Lainlah kalau tempat duduk yang tinggal satu itu ada adik manis sedang makan megi goreng sendirian.
Mesti kita duduk berhadapan dengannya tidak akan putus memandang adik manis itu.Cuma tunggu peluang nak cari topik permulaan untuk memulakan perbualan.
Yang pastinya soalan yang kita tanya begini.
'Makan megi sorang jer'.
Kalau adik itu jenis peramah tentu dia bagi respon jawapan yang baik bagi membolehkan kita terus berkomunikasi dengannya.
Andaikata adik manis itu terasa kita macam perli dia rosak plan A kita.Takder plan B lagi sebab muka adik itu masam dan asyik pandang tempat lain.Adoi...itulah pentingnya mukadimah pertama.Silap cakap sampai habis makan dia blah macam itu jer pergi kekaunter bayar.Sesungguhnya dia seorang yang rugi.Cer dia layan cakap kita.Mesti habis makan kita tolong bayarkan.
Mengenai Saya

- ABANGMISAI
- BILA BERBICARA BIAR LOJIK WALAUPUN ORANG KATA KITA MERAPU. BILA MENDERMA BIAR IKLAS WALAUPUN SEDIKIT TETAPI KITA MAMPU.
Rabu, 29 Mac 2017
Permulaan Yang Baik Pasti Mendapat Laba Yang Baik.Kalau Tidak...Melepas.
Selasa, 28 Mac 2017
Otak Datang Dari Hati.Bukan Datang Dari Badan Sasa
Ada suatu ketika Abang Misai dapat tempat duduk dalam LRT sebaris dengan jejaka2 sado.
Tiba diperhentian berikutnya naik seorang nyonya tua.
Abang Misai pandang jejaka2 sado itu.Jejaka2 sado itu pandang Abang Misai.
Oleh kerana mereka lambat bertindak Abang Misai bangun dulu beri laluan untuk nyonya itu duduk.Nyonya itu tunduk2 kepala tanda terima kasih pada Abang Misai.
Tiba diperhentian berikut nyonya itu turun.Abang Misai dapat balik tempat duduk itu semula.Apa barang mau kira.Bukan lama pun berdiri.Kan...Heh3x..
Ahad, 26 Mac 2017
Semut Penawar Duka
Jika termakan semut boleh membuat seseorang itu jadi pelupa ini sudah bagus.Sapa2 yang ada modal boleh buka gudang ternak semut.Pastu keringkan dan kisar semut itu jadi serbuk.
Serbuk ini boleh dicampur dalam minuman kita.
Dengan meminum secawan air yang telah dicampur dengan serbuk semut pasti mujarab sebagai penawar untuk melupakan segala masaalah.
Untung Budak Sekarang
Budak lelaki sekarang beruntung kerana pergi sekolah ada pakai seluar dalam.
Zaman Abang Misai dulu pergi sekolah dengan seluar katok langsung tak mampu beli seluar dalam.
Sabtu, 25 Mac 2017
Bahasa Menunjuk Bangsa
Ada seorang jejaka panggil Abang Misai.
Jejaka:Oii!Budak...mari sini.(Amboi sedapnya bahasa).
Jejaka:Nie alamat nie kat mana?
Abang Misai:Abang jalan lurus.Jumpa trafik light belok kanan.Pastu belok kanan lagi.Pastu belok kiri.Jalan terus jumpa Petronas.Jalan lagi sampai nampak Mesjid belok kiri jumpa gerai jual cendol durian.Abang turun tanya Abang cendol tu.Pasal tempat itu jauh lagi.
Jejaka:Ok
(Aik...ok ajer.Terima kasih takdak)
Carilah kau arahan yang Abang Misai bagi tadi.Itu semua auta.Sebab pertama budibahasa dia zero.Nombor duanya memang Abang Misai tak tahupun alamat yang dia bagi.
Bukan Semua Boleh Bagi Pinjam
Selalu jika ada kengkawan atau jiran mahu pinjam kereta mesti kita rasa serbasalah dan rasa risau dihati.
Takut bila cakap 'tidak boleh' nanti dia berasa kecil hati.
Oleh itu bagi mengelakkan rasa serbasalah cuba pakai ayat power Abang Misai ini:-
Abang Misai:Dol (bukan nama sebenar)...aku bukan taknak bagi pinjam.Kereta aku nie ibarat bini nombor dua aku.Takkan aku nak bagi pinjam bini aku kat orang lain kan.Kan kan..
Heh3x...cer kita pinjam bini nombor dua dia (maksudnya kereta dia) mesti dia pun tidak boleh duduk diam.Kejap2 dia pergi kat tingkap tengok kita dah balik ker belum.
Khamis, 23 Mac 2017
Jangan Banyak Songeh.
Bila kawan belanja Abang Misai makan tengahhari mesti dia tanya lauk tadi sedap tak.
Takkan Abang Misai kata tak sedap.Walaupun makanan itu tidak sedap Abang Misai tetap kata makanan itu sedap.Pasai dia yang belanja.Kalau kita kata tak sedap takut dia rasa kecik hati pula.
Orang dah belanja hentam sajer la kata sedap.Kan...
Keh3x..
Jangan Lagak Berkepak
Masuk kandang kambing boleh lah 'mengembek'.Semua kambing lari ketepi dinding.
Masuk kandang harimau boleh lah 'mengaum'.Sebab harimau tidak ada didepan mata.Masa nak keluar pintu kandang tengok harimau itu tunggu depan pintu.Sekali harimau itu mengaum terbang semua bulu dan daki kat badan.
Rabu, 22 Mac 2017
Tanya Sekali Cukup Laa...
Tak tahu tang mana tidak kena.Selalu Abang Misai perhati bila orang berurusan dikaunter kaunter perkhidmatan atau membayar harga minuman mesti pelanggan bertanya dua tiga kali.
Contohnya begini:-
Kesah 1
Kaunter Pertanyaan
Pelanggan:Tandas mana kak?
Kakak Kaunter:Jalan terus belok kiri.
Pelanggan:Mana kak??
Kakak Kaunter:Jalan terus belok kiri.
Pelanggan:Ow jalan terus belok kiri yer?
Kakak Kaunter:Ya betul (dalam hati kakak itu mesti cakap:Pekak agaknya.Orang cakap melayupun susah nak faham)
Kesah 2
Kaunter Bayaran
Pelanggan:Berapa semua?
Mamak:Makan apa?
Pelanggan:Mee Goreng satu.Air suam satu.
Mamak:Enam ringgit.
Pelanggan:Berapa??
Mamak:Enam ringgit.
Pelanggan:Enam ringgit?
Mamak angguk kepala ajer.Malas nak layan agaknya.
Itulah kesahnya.Alahai....
Bukan Menipu
Biasanya bila kita ada duit seringgit yang koyak atau cebisan hujungnya sumbing kita tidak akan cuba menipu sebaliknya kita cuba buat trik dengan menyelit duit koyak itu dicelah celah duit yang lain.
Maknernya kalau barang itu bernilai Rm4.00 kita bayar ngam2 Rm4 dengan harapan salah satu duit singgit yang koyak itu peniaga tersebut terlepas pandang terus masukkan dalam laci duit.
Fuhh....lega.
Selasa, 21 Mac 2017
Tahu Baca PapanTanda Tak?
Aisaymen...sape pulak yang tumpahkan air atas tempat duduk.Habis basah seluar bahagian punggung Abang Misai.
Itu lah tanda sudah bagi.Dalam pengangkutan awam tidak dibenar makan minum.Ada yang degil.
Itupun Mau Ajar
Ada jejaka yang sedang makan berhadapan dengan meja Abang Misai tercekik tulang ikan.
Abang Misai kata kepal nasi itu pastu telan bulat bulat.
Dia kepal 3 kali dan telan 3 kali baru lega.
Dia tanya lagi Abang Misai macam mana cara paling elok makan tidak tercekik tulang.
Abang Misai bilang time makan tangan sebelah jangan main watsapp atau main game.
Yang kepal nasi itu petua orang tua.
Yang jangan main phone itupun mau kasi ajar ker.
Cari Tetap Cari
Orang pompuan bila tanya ada sepocen habis satu handbag dia selongkar.Leceh betul.Sebab dalam handbag ada lagi bag dalam bag.Baru jumpa.Itupun bukan sepocen tetapi limaposen.
Orang lelaki simple ajer.Selup poket depan selup poket belakang bukan dapat sepocen.Dapat habuk.Heh3x..
Ilham
Tenung bulan dengan termenung dipertengahan bulan mana sama.Kan kan..
Tenung bulan boleh mendatangkan ilham.
Termenung dipertengahan bulan boleh membunuh ilham.
Putar Alam
Kelebihan kaki penipu ialah dalam kepala otak dia ada 1001 alasan.
Ini bermakna otak dia sentiasa berputar.Kekadang tidak masuk akal.Dia tidak pening tetapi kita pening kepala dibuatnya.
Senyum
Senyuman itu sedekah.Semua orang boleh senyum.Orang yang gigi rongak pun boleh senyum.Apa nak memalu.Lagi banyak anda tersenyum lagi bertambah berseri wajah.
Cuma tembok sama papan jer tidak boleh senyum.Tetapi kita masih boleh membuat tembok dan papan itu tersenyum dengan melukis wajah orang atau wajah kartun sedang duduk tersenyum.
Ahad, 19 Mac 2017
Ingat Ini Money Changer?
Kalau semua orang lepas sorang mai lagi sorang mahu tukar duit syiling kat peniaga runcit mesti peruncit itu bengang.Nasib ler siapa pengabisan yang datang mahu tukar mesti kena sound dengan peniaga runcit itu.
Mesti peniaga runcit itu bagi perbidalan begini:-
Lembu gemuk kalau sorang sorang mai potong daging mesti lama kelamaan lembu gemuk itu tinggal tulang.
Terbantut
Ada orang berjalan laju.Ada orang berjalan terlalu perlahan.
Jadi kita boleh buat andaian yang berjalan laju itu mesti mahu terkucil.Sebab dia jalan menonong terus masuk kedalam tandas sampai terjerit Aci yang jaga tandas itu mengejar mintak bayar 30 sen dulu.
Manakala yang berjalan perlahan itu mungkin tercari cari duit sepocen dia yang tercicir.Sebab dia asyik mundar mandir kat tempat yang sama.Kat tangan dia ada 20 sen ajer.Mungkin tadi dia nie pun asal berjalan laju ketandas tetapi Aci jaga tandas tidak kasi dia masuk sebab kurang sepocen.Itu yang dia jalan slow2 cari tang mana sepocen itu jatuh.
Teruklah Kalau Jadi YesMan
Kita mengangguk kepala bukan bererti kita jadi 'Yes Man' kepada Boss.Kekadang kita mengangguk sebab setuju dengan kehendak dan arahan Boss.Tetapi dalam kita nie kita berkata Boss ini ada juge hari bodohnya.Bagi arahan memang senang.Nak mengerjakan arahan itu yang susahnya.Tambah kalau tengah bulan.Ingat Boss suruh tapau teh tarik sama mee goreng tidak kena duit ker.
Sabtu, 18 Mac 2017
Jumaat, 17 Mac 2017
So Sweet
Sebenarnya saat2 yang romantik boleh dicipta.
Bagaimana mahu mencipta saat2 yang romantik itu.
Sebenarnya caranya banyak.Satu satu daripadanya cuba buat begini:-
Tiap2 malam sebelum tidur suami cuba cium dahi isteri dan ucapkan 'Kanda sayang Dinda'.
Isteri pula balas cium dahi suami dan ucapkan 'Dinda pun sayang Kanda'.
Apa nak memalu.Lakibini pun.Bukan orang lain.Kan kan kan
Heh3x...
Hairan
Pernah sekali Abang Misai berdiri keras membatukan berdiri ditepi jalan sambil jari menuding kearah langit.
Tingkah laku Abang Misai menimbul tandatanya dikalangan orangramai yang lalu lalang disitu.Ada yang berhenti pandang Abang Misai atas bawah lepas itu memandang kearah langit.
Bila satu orang buat begitu maka makin ramai yang berhenti dan sama2 pandang kearah langit.Mereka hairan apa sebenarnya yang Abang Misai tunjuk.
Apabila semua orang leka memandang kearah langit Abang Misai pun mencelah menghilangkan diri lantas masuk duduk dalam warung mamak.
Mamak yang ambil order tanya Abang Misai apa yang diorang tengok.Abang Misai kata 'You tengoklah sendiri.Mesti you pun hairan'.Selepas hidangkan segelas teh tarik mamakpun berlari ketempat orang ramai tadi.
Lepas itu mamak balik kewarung dia dengan muka hairan.
Mamak tanya Abang Misai.'Betullah Abang Misai cakap.Saya hairan apa yang dia orang tengok'.
Heh3x...
Orang Kedekut Selalu Rugi
Kata orang tua tua salah satu tanda2 orang yang kedekut ialah dibelakang tengkuk dia ada lekuk yang dalam.
Nampak benar mengarut.Lekuk itu terbentuk sebab orangnya kurus.Atau orangnya sudah tua.Ini semua tidak betul.
Yang betulnya dan tanda2 yang jelas ialah apabila Abang Misai bersandar tepi pintu restoran mamak tetiba Abang Misai ternampak rakan baik Abang Misai buat U-Turn dan cepat2 menghilangkan diri dicelah celah orang ramai.Itulah tanda tanda orang yang kedekut.Bila dia nampak Abang Misai dia mengelak tempat lain takut kena belanja Abang Misai minum.
Tetapi dia silap.Sebenarnya hari ini Abang Misai ada pasang niat mahu belanja dia.Sape rugi?
Heh3x...
Melawak Dengan Budak
Lawak jenaka yang paling mudah nak buat budak2 gelak ialah dengan melenyekkan hidung Abang Misai atas cermin tingkap kereta.Mesti budak2 dalam kereta itu terguling guling ketawa.
Tetapi niat baik Abang Misai boleh mengundang kemarahan tuanpunya kereta dan ayah kepada budak2 itu.
Sebab cermin keretanya ada bekas wap2 ingus yang datang dari hidung Abang Misai.
Untuk mengambil hati Ayah budak2 itu lekas lekas Abang Misai lap dengan lengan baju.
Heh3x...
Khamis, 16 Mac 2017
Romantik
Dalam hubungan suami dan isteri kita mesti sentiasa menyemarakkan api percintaan.Jangan sesekali kita menghidupkan api kemarahan.
Adat bersuami isteri kena saling faham memahami dan saling bantu membantu.
Andaikata semasa hendak masuk kedapur si isteri terlanggar daun pintu si suami kena berlari mendapatkan isterinya lantas meniup dan menuam dahi isteri sementara benjol belum naik.
Andaikata si suami yang terlanggar daun pintu itu si isteri kena cepat berlari meniup dan menuam walaupun benjol di dahi dah naik.
Baru nampak romantiknya.
Ini tidak.....Bila salah seorang terlanggar daun pintu dia tegur macam ini pulak 'Mana awak letak mata awak'.Hiss hiss hiss...
Tikus Punya Hal
Nampak tikus merayap dalam warung makan buat macam tidak nampak.Jarang satu warung kecoh.
Tetapi bila ternampak tikus merayap dalam dapur rumah sendiri satu isi rumah bersatu tenaga terjerit jerit nak kepung dan tangkap tikus itu.
Ada yang pegang penyapu.Ada yang cari kayu dan ada yang sempat capai cangkul.
Tetapi bagi yang penakut dan geli dengan tikus sekadar angkat kain ajer dan jadi pengarah menunjuk kat mana tikus itu lari dan bersembunyi.
Heh3x...
Jangan Marah Marah
Abang Misai sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan.Namun dalam apa bentuk kesilapan itu ianya masih boleh diperbetulkan.Abang Misai rasa cukup dewasa selepas belajar dari kesilapan.Setiap kali Abang Misai melakukan kesilapan Abang Misai tidak pernah marah.Kerana dengan kemarahan itu boleh mengurang kesabaran.Sedangkan kesabaran itu adalah sebahagian dari iman.
Katakan contoh la:
Memalam Abang Misai ketuk rumah Cik Chetty nak pinjam duit.Memang Cik Chetty suka sebab itu perniagaan dia.Tetapi ketuk pintu rumah dia jam 3 pagi tentulah dia marah.Abang Misai nak marah balik Abang Misai pikir dua kali dan berbanyak sabar.Sebab siang kan ada.Cuba Cik Chetty datang ketuk pintu rumah Abang Misai jam 3 pagi.Tentu Abang Misai pun marah.Tetapi disebabkan kesilapan Abang Misai pi pinjam Chetty sape suruhkan kan kan.Lain kali jangan pinjam Chetty.Pinjam Halong pun jangan.Semua orang nanti marah dan hilang kesabaran.
Hrh3x...
Rabu, 15 Mac 2017
Lambat Perasan
Mula2 taik burung timpa kepala Abang Misai tak perasan lagi.Bila kena hujan dan bercampur dengan taik burung atas kepala pun masih tidak perasan lagi.Bila benda itu sudah cair bercampur air hujan meleleh turun bawah batang hidung baru Abang Misai cuit dan tanya 'EeeeeApanie!!'
Heh3x..
Drama Sebabak
Abang Misai pandai tulis skrip dan mengarah drama.
Kalau tidak percaya lihat dan baca dibawah ini:
Scene 1 Take 1.
Action!!!
Bos:keuntungan syarikat akan dibahagi dua antara bos dengan pekerja.
Pekerja:(bangun hentak meja) ini TIDAK adil.Bos separuh bahagian.Kami separuh bahagian.Bos seorang sedangkan kami ramai.
Bos:aku bos dalam syarikat ini Ba-Ha-Lul!!
Cut!!!!
Lepas scene ini Pekerja tadi jumpa Abang Misai.
Pekerja:tak boleh ker tang bahalul itu sebut slow sikit.
Heh3x..
Ini Kesah Mat Piah
Pernah sekali Abang Misai keluar makan bersama seorang rakan tanpa mempunyai wang.Kira pokailah senang cakap.
Lepas makan Abang Misai kata biar Abang Misai bayar.Cakap besarlah konon.
Kamipun pergi kekaunter bayaran.Depan kaunter itu Abang Misai mula berlakun celup poket depan raba poket belakang dan tepuk2 poket sisi peha.Maklumlah hari ini Abang Misai pakai seluar banyak poket.Seluar banyak poket nie leceh sikit.Kekadang Abang Misai lupa poket tang mana yang ada duit.Cari punya cari habukpun tarak.Rakan Abang Misai sudah mulai cemas.Dari raut muka dia yang berkedut itu Abang Misai dapat agak dia nie pun tengah pokai juge.Abang Misai ingat dapat harapkan dia.
Saat ini Abang Misai sudah mula berpeluh.
Semasa tengah kesat peluh didahi tetiba Mat Piah muncul tepat waktunya didepan kaunter.Mat Piah nie sudah faham keadaan sebab dia nie dulu pun pernah keluar makan bersama Abang Misai ketika Abang Misai tengah pokai juge.Nasib baik hari ini dia bayar.
Semua sekali termasuk Mat Piah kena dalam RM:xx.10sen.
Bila mamak tanya ada duit kecik sepocen cepat2 Abang Misai tepuk telinga kiri dan tadah tangan ditelinga kanan.Adapun sepocen jatuh dari celah cuping telinga Abang Misai.Abang Misai bagi kat Mat Piah beserta dengan senyuman manis.
Terima kasih Mat Piah.Heh3x...
Selasa, 14 Mac 2017
Sarapan Pagi
Ada perbagai ragam orang bersarapan dalam warung.
Ada yang termenung dan merenung sarapannya.
Ada yang sarapan sambil2 tengok orang lalu lalang.
Ada yang bersarapan sambil main talipon.
Ada yang bersarapan bersama rakan sembang kuat.
Tetapi yang paling poyo makan sambil korek telinga.
Jalan Ada Gaya
Kalau pernah lihat seorang jejaka bermisai sedang berjalan dengan kedua dua belah tangannya masuk dalam poket itulah Abang Misai.
Abang Misai memang suka jalan cara begitu.
Bukan apapun.Sajer tangan kanan mengira lipatan duit kertas dalam poket kanan ada berapa helai?Tangan kiri pula mengira duit syiling dalam poket kiri ada berapa keping?
Kalau rasa2 tidak cukup Abang Misai jarang susah hati.Selalu Be Happy.Pernah sekali Abang Misai susah hati.Itu yang kekadang kepala Abang Misai terlanggar tiang bas stop.
Sendiri Tanya Sendiri Tidak Faham
Dia bertanya arah jalan.Abang Misai pun tunjuk arah yang sangat mudah.Dia masih tidak faham.Berkali kali dia ulang balik cakap Abang Misai.
Abang Misai kata betul dah tu 'lepas tiga trafik light belok kiri jumpa simpang tiga belok kiri 500 meter sampai laa'.Pun dia tidak faham.
Kali ini Abang Misai bagi arah yang panjang sikit.'Lepas trafik pertama jumpa trafik light kedua.Pandu lagi sampai jumpa trafik light ketiga.Jalan terus hingga jumpa simpang tiga.Pastu beluk kiri pandu lagi sejauh 500 meter.Sampai dah tu'.
Dia angguk pegang dagu macam faham pulak.
Lepas ucap terima kasih sama Abang Misai dia tahan satu budak tamil yang sedang menunggang basikal.Dia tanya budak itu soalan yang sama.Laa.....
Kena Tampar
Sewaktu memancing jangan sesekali nak tahu ikan yang kita dapat itu ikan jantan ker ikan betina.
Sebab kalau kita nak ambik tahu kita kena tengok ikan itu dekat dekat.Bila sudah terlalu dekat mesti kita kena tampar dengan ekor ikan itu.Heh3x...
Salah Fahaman Atau Salah Cakap
Bila demam ada batuk ini yang susah sikit.Sebab tidak boleh makan lebih.Ini pesan nurse.Nurse cakap makan satu hari 2 sudu ajer.Lecehkan..
Teksi
Tunggu teksi sebelah sini satu teksipun tidak lalu.Banyak teksi lalu sebelah sana.Teksi sebelah sana nak pusing tidak boleh sebab ada pembahagi jalan.
Nasib baik ada jejantas untuk keseberang sana.Jadi Abang Misai pun naik untuk kesebelah sana sebab nampak banyak teksi kosong lalu.
Bila sudah tunggu dekat setengah jam satu teksipun tidak lalu.
Banyak teksi lalu sebelah sini.Adoi..
Lintas naik jejantas tadi tunggu sebelah sini pulak.Tunggu punya tunggu memang banyak teksi lalu.Bila tahan satupun tidak mahu berhenti sebab didalam sudah ada penumpang.Mmmm...
Isnin, 13 Mac 2017
Tuah Atau Rezeki
Abang Misai makan roti canai dalam piring baru separuh.Cicah kuah dal dalam mangkuk pun baru separuh.Teguk teh tarik dalam gelas pun baru separuh juge.
Pastu Abang Misai pun pi tandas.Sekejap ajer Abang Misai datang semula tengok meja itu sudah kosong.
Bila tanya Mamak Ali Kutty mana pergi roti canai dan piring kuah dal sama gelas teh tarik mamak bilang budak dia sudah kemas.Dia orang ingat Abang Misai dah balik dan dah bayar.Alahai...mamak mulalah slowtalk kasi bayar separuh harga sudah.
Alahai...ini tuah badan ker atau rezeki.Rezeki Abang Misai hari ini separuh ajer.Alhamdullilah separuhpun rezeki juge.Abang Misai tetap senyum tengok mamak pun tersenyum ketaq bibir.
Kencing Berlari
Semasa tinggalkan kereta tepi jalan keadaan tayar depan kering.Balik semula ketempat parking tengok tayar depan basah.
Ini kalau tidak kena kencing anjing mesti kencing orang.Alahai...kalau tempat freepun carilah dalam semak ker.Tepi longkang jer.
Kalau Abang Misai balik awal sikit dan nampak ada orang kencing tepi kereta Abang Misai mesti terperanjat kena sergah.Kena sergah mulalah dia lari tak sempat tarik zip.Baru dia tahu betapa susahnya kencing berlari.
Tetapi kalau anjing yang kencing jangan pulak dibaling batu.Silap baling terkena cermin kereta orang.Halau macam itu jer.Lagipun anjing memang bijak tapi akalnya tiada.Mmmm....
Cepat Pun Tak Sempat Juge
Ada juge yang bila ketinggalan masa akan cuba sedaya upaya mengejar masa itu tanpa mempedulikan keselamatan diri maupun keselamatan orang lain.Sebab itu selalu sangat kita lihat diatas jalan ada pemandu cilok sini cilok sana untuk loboskan diri dari kesesakan.Macam dia sorang bayar cukai jalan.
Orang macam ini mungkin keluar mencuri waktu pejabat untuk urusan peribadi.
Atau mungkin juge semalam dia lantak pisang banyak sangat hingga membuat isi perutnya sudah terlalu hampir kepenghujung.Itu yang gelabah cari tandas awam.Sebab dia pernah ada pengalaman terburai dalam kereta.Kali ini dia tidak mahu perkara itu berulang lagi.
Bila tiba dekat stesen minyak berlari dia keluar kebilik air.Sampai bilik air nampak pintu bermangga.Melompat dia tahan sakit berlari kekaunter mintak kunci dengan memotong queue.
Bila dah dapat kunci berlari semula kebilik air.Masa nak bukak mangga masa itulah isi perutnya meletup keluar.Aisaymen...'ter' lagi dalam seluar nie.
Terpaksa dia masuk juge.Bukan nak membuang tetapi dapat satu tugas baru kena cuci seluar dan seluar boxer dia sendiri.Takyah tunggu kering pakai balik.Naik kereka pandu macam biasa.Tidak tergesa gesa lagi sebab hajat dia sudah tertunai.Ceh...
Ahad, 12 Mac 2017
Sabtu, 11 Mac 2017
Buncit
Masaalah paling ketara dengan lelaki yang memiliki perut buncit ialah apabila dia berdiri tegak agak sukar baginya untuk melihat hujung jari kakinya sendiri.
Dan bagi yang terlalu buncit mesti dia kadang2 tidak ingat suar boxer yang dia sedang pakai itu warna apa.Sebab suar boxer dia kerap sangat terlondeh bawah paras pusat.
Satu yang pastinya bila dia gosok gigi dia boleh nampak pula sisa2 ubat gigi jatuh bertempek atas perut dia.His hiss hisss.
Jumaat, 10 Mac 2017
Mengurat Dapat Kapak.Alahai..mmm
Kata orang kalau nak memikat anak gadis orang kita kena rajin menegur mak dia dulu.Itu kalau dia berjalan dengan mak.
Kalau dia berjalan dengan adiknya kita cuba puji adiknya comel.
Tetapi jangan cuba mengurat dia kalau dia berjalan dengan atuknya.Tambah2 lagi kalau datuk dia pekak badak.
Kita tegur apa 'apa kabar Pak' tak pasal pasal dia jawab 'anak gila ker tanya kapak'.
Bahagiakah Dia?
Sukar untuk dipastikan apabila kita sedang memandu kita terlihat orang yang memandu kereta bersebelahan dengan kereta kita sedang rancak menyanyi sorang sorang sambil tangannya bergendang atas stering.
Kita tidak tahu samada dia nie sedang tension terperangkap dalam kesesakan lalulintas ataupun dia sedang bahagia.
Heh3x...kita pandang dia bukan dia perasanpun.
Biarlah...itu dunia dia.
Penipu Sedunia
Dalam dunia ini tidak kira apa bangsa,usia dan miskinkaya sekalipun mesti pernah menipu.
Tidak kira lah penipu besar ker.
Kadang2 menipu ker.
Jarang2 menipu ker.
Tipu sikit2 ker.
Betul tak?
Jawab secara jujur.Jangan cuba menipu eh!
Khamis, 9 Mac 2017
Lima Sen Membawa Tuah
Pernah sekali semasa Abang Misai cari duit sen sen dalam dompet tetiba duit limasen jatuh tergolek.Abang Misai kejar duit syiling itu sampai dapat.
Akhirnya sen itu berhenti betul2 ditepi kasut satu amoi yang duduk diatas bangku dihujung dinding.Amoi seksi itu senyum2 mengutip duit 5sen itu dan mengembalikan semula kepada Abang Misai.Heh3x...kira tuah badan juge ler duit 5sen nie.
Ada orang duit limasen lari tergolek pun buat "dek jer" tak mahu kejar.Malu konon.
Tetapi Abang Misai bukan orangnya.Limasen pun duit juge.Tanpa 5sen mana mampu Abang Misai nak cukupkan bayaran bil yang bernilai Rm205.15 kan kan...
Biar Rugi Sikit
Bas dah terlepas baru nak kejar.Tadi sibuk kepit talipon antara cuping telinga dengan bahu.
Nasib baik bas sudah pergi.Bergegas dia patah balik sebab beg laptop dia tertinggal.
Kira dia bernasib baik lagi rugi harga teket daripada kehilangan sebijik laptop.Alahai...
Sama Tapi Tak Serupa
Ada juga satu makcik buka pintu kereta Abang Misai dan duduk disebelah seat Abang Misai.
Pastu dia tergesa gesa keluar minta maaf.Dia kata kereta dan warna kereta Abang Misai sama warna dengan kereta laki dia.Alahai..mmm.
Main Cium2 Tangan Pulak.
Orang muda hormat pada yang Tua.
Bila bersalaman yang muda cium tangan.Bukan dia cium tangan orang tua tetapi dia lebih cium pada tangan dia sendiri.
Heh3x...mungkin dia ada selsema kot.Takut orang tua itu kena flu.
Rabu, 8 Mac 2017
Ingat Anak Anjing Takut Ker?
Abang Misai pernah hambat anak anjing.Mencecet anak anjing itu lari takutkan Abang Misai.
Tetiba anak anjing itu buat u-turn dan mengejar Abang Misai.Abang Misai pun buat u-turn dan memecut lari sekuat hati.Abang Misai lari bukan pasai takutkan anak anjing itu.Abang Misai lari pasai kat belakang anak anjing itu ada bapak anjing dan ibu anjing mengejar Abang Misai juge.Alahai....
Satu Team
Lift tiba tingkat satu.Satu budak bangla dengan kemeja merah seluar kuning masuk berdiri sebelah Abang Misai.Dia pandang Abang Misai atas bawah.
Bila lift tiba tingkat 3 masuk pula 2 orang mamat bangla.Mereka berdua pun pakai kemeja merah dan seluar warna kuning.Kami semua dalam lift itu berpandangan sesama sendiri sambil pandang atas bawah.
Apabila lift berhenti ditingkat 5 masuk pula seorang lagi mamat bangla.Dia pun pakai baju merah seluar kuning.
Abang Misai berbisik dalam hati 'Arrr...sudah!'.
Ini macam tidak boleh jadi.
Bila lift berhenti ditingkat 7 lekas2 Abang Misai keluar dan tunggu lift lain.Abang Misai tidak pasti ini takdirkah atau satu kebetulan.Sebab kebetulan hari ini Abang Misai pun pakai baju kemeja warna merah dan seluar warna kuning.
Kalau orang kata kami 'Pasukan Boria' boleh lagi Abang Misai terima.Buat ada adik manis tengok adik itu ingat Abang Misai pun jejaka bangla.
Masa menunggu lift lagi satu datang pula 4 orang jejaka bangla sama sama berdiri sebelah Abang Misai menunggu lift.Mereka semua pakai baju warna merah dan seluar warna kuning.
Adesss.....(tepuk dahi).
Selasa, 7 Mac 2017
Semua Pernah Buat Aksi Ini.
Ada bahagian badan kita yang sukar untuk kita garu bila kita rasa gatal.Bahagian itu ialah bahagian belakang kita.Terpusing pusing kita dibuatnya bila jari kita nak mencapai port yang gatal itu.
Tetapi kekadang kita tidak gatal kita menggaru juge.Garu kepala.Semua orang pernah buat kan kan...
Ayam Dulu Ker Telor Dulu?
Cuba teka yang mana bukan telor.
1.Telor kerengge
2.Telor puyuh
3.Telor penyu
4.Telor didahi
5.Telor ayam
6.Telor dinasour.
Kalau anda pilih no.4 anda betul.Syabas.
Dari mana datang telor itu jangan tanya.Mungkin ini satu 'hint' atau satu petunjuk yang boleh dikaitkan dengan ayam.Orang selalu bertanya 'Ayam dulu ker Telor dulu'.Abang Misai akan kata ayam dulu baru telor.
Ini berdasarkan formula nombor 4 tadi.
Katakan Mat Piah keluar bergaya dengan cermin mata hitam dan dahi licin.Tetiba dia terlanggar tiang letrik.Akibat dari hentakan yang kuat itu maka dahi Mat Piah mengeluarkan benjolan seakan akan sebijik telor.Nah....dahi Mat Piah dulu baru telor.Begitu juga dengan ayam.Ayam dulu baru telor.Heh3x...
Isnin, 6 Mac 2017
Leka
Kereta didepan kena hon kereta belakang.Kereta belakang kena hon kereta dibelakang.Kereta dibelakang kena hon kereta dibelakang.Kereta belakang kena hon kereta dibelakang.Alahai...manalah jalanraya tak bising.
Ghupenya kereta didepan tengah update status facebooknya.
Rezeki Itu Tetap Ada
Ikan dipasar pagi jual petang habis.Ikan dilautan dan ikan disungai tidak pernah kehabisan.
Itupun masih ada kaki pancing bersungut dari pagi sampai kepetang duduk memancing sekor pun tak dapat.
Dah petang pergi pasar ikan pun dah habis.
Nasib baik kat kedai mamak ada ikan sadin dan ikan masin.Alahai....
Ahad, 5 Mac 2017
Abang Misai Hero Tamil
Abang Misai teringin nak jadi hero dalam filem tamil.
Sebab apa.
Sebab:-
Pertama:Dapat merasa lempang crook dan orang orangnya dengan sebelah tangan.Sekali hayun lima terpelanting.
Dan yang keduanya:
Dapat peluk heroin rapat2 yang boleh membuat kelima lima yang terpelanting tadi bertambah bengkak dihati.Nak rapat takut kena lempang lagi sebab pelempang pertama tadi belum hilang sakitnya lagi.Heh3x...
Jam Tangan
Jejaka yang tidak suka memakai jam tangan adalah seseorang yang suka menyusahkan orang.Sibuk duk tanya jam orang sekarang pukul berapa.
Atau mungkin dia pernah ada jam tetapi sering tertinggal dalam tandas.Orang yang masuk kemudian dah kebas.
Mungkin juga ada kat pajak gadai sape tahu.
Senang Nak Ucap
Kalau orang botak itu ada nama orang tidak panggil nama dia.Mana mana dia pergi pun mesti ada sorang dua kata dalam hati.
'Eeeee botak'.
Atau 'Apa sibotak nie slow sangat depan Atm nie'.
Atau jumpa tengah jalan kita tegur begini.
'Hai botak'.
Atau ada orang bertanya alamat siAnu yang memang kita kenal.Kita pun kata.
'Ohh...budak yang botak tu ker'.
Atau kita pergi balai nak ambil salinan repot polis kebetulan hanya koperal jer ada.Sarjan yang ambik repot itu dah keluar.Kita pulak tidak tahu nama Sarjan itu kita main cakap jer 'Alaa...sajen yang botak itu'.
Amboi....sedapnya mulut kita kan..kan.
Kalau orang itu lima bulan dulu botak hari ini dah tumbuh rambut mesti kita tak cam kan....kan.
Lu Pikir La Sendiri.
Ada duit besar Rm100 pun kekadang kita tidak mampu nak beli airkrim berharga seringgit setengah.
Kena sound lagi adalah.
'Abang..duit kecik takder ker.Saya baru nak start berniaga'.
Kalau kita nak juge terpaksalah masuk kedai mamak dengan wajah sengeh2 mintak pecahkan duit.Ingat mamak suka ker.
Sabtu, 4 Mac 2017
Bulan Ada Satu
Mat Piah tanya Abang Misai bulan ada berapa?
Abang Misai bilang ada 12belas.Januari sampai December.
Mat Piah gelak kagum.'Fuhhyooo...kat kampung Mat ada satu ajer'.
Dalam sewel sewel dia terkena juge Abang Misai.
Dia nie tanya bulan yang mana nie.
Rugi Pulak Hari Ini
Abang Misai masuk restoran mamak nak tukar 50 keping duit syiling sepocen kepada duit kertas limaringgit.
Mamak kata dia mahu kira satu satu dulu.Abang Misai kata kiralah.
Kalau kurang Abang Misai tambah.Kalau lebih itu mamak punya.
Ini janji Abang Misai.
Sekali mamak kira ada terlebih 5cen.Alahai rugilah rasanya hari ini.Terbagi mamak lebih 5cen pulak.Mamak punya gumbira dia punya senyum melebar sampai ketelinga.
Tak Baik Buat Macam Itu
Abang Misai ternampak seorang jejaka tua sedang berjalan dan berseliseh dengan seorang pompuan lawa.Jejaka itu angkat topi tunduk.Bagi hormatlah kononnya.
Pompuan itu pula bagi respon dengan memberi senyuman yang sipu sipu malu dan menahan gelak.
Gelak pasai jejaka tua itu dah lah botak.Waktu pulak tengahhari buta.Matahari tengah panas.Memancau kilatnya.
Heh3x...tak baik eh pompuan itu buat begitu.
Tak Jadi Gunting Rambut
Masuk kedai gunting mintak budak tamil tu gunting begitu begini.Budak itu langsung tidak paham.Abang Misai pun suruh dia duduk dan biar Abang Misai sendiri gunting rambutnya dulu mengikut acuan yang Abang Misai mahu.Bila selesai gunting tengok tak lawa pulak.
Tak jadi Abang Misai nak gunting rambut.Abang Misai pun serah balik gunting itu kat dia dan sedikit duit.Terus belah.
Budak tamil itu terpusing pusing tengok muka dia dalam cermin.Heh3x..
Malang Tidak Berbau
Bersandar kat tiang.Tiang tumbang.
Duduk atas kusi.Kusi patah.
Berjalan tepi jalan berjaya pulak mengelak lubang.
Lalu kereta langgar lopak air.
Air terpecik kena muka.
Basah cermin mata.Adoiii....
Burung
Burung Abang Misai dah terbang.
Iyer...dah terbang.
Tak Percaya ker.
Apa sengeh sengeh.
Kamu ingat burung apa?
Burung la....Hisss tunjuk muka heran pulak.
Misai Sape?
Baru teguk sikit air teh terperasan ada setangkai bulu misai terapung dalam gelas.
Abang Misai pun amik.Pastu Abang Misai sentap selai misai Abang Misai untuk buat perbandingan.Ini misai ori Abang Misai atau misai ori kepunyaan mamak Ali Kutti Hussein Alsahab Mahbob (amboi panjangnya nama.Selalu panggil Ali ajer).
Sebab dia yang buatkan Abang Misai teh tarik itu tadi.Kalau tanya dia sendiri mati mati dia tak mengaku punya.
Selepas buat perbandingan dengan misai sendiri Abang Misai rasa ragu2 sebab nampak macam sama.
Bagi memuaskan hati Abang Misai panggil Ali.
Ali pun datang.Abang Misai tenung dekat dekat muka dia.Memang sah bukan misai dia.Sebab misai dia putih keperangan.Misai Abang Misai hitam berkilat.
Jadi memang sah tanpa syak wasangka yang dalam gelas itu tadi misai Abang Misai ghupenya.
Cuma Ali lah ragu2 dan syak wasangka yang bukan2 mengapa Abang Misai panggil dan tenung misai dia.Sebelum ini mana pernah Abang Misai tenung misai dia.Alahai...
Jumaat, 3 Mac 2017
Marah Nyamuk Jangan Bakar Kelambu
Abang Misai bila marahkan nyamuk Abang Misai tidak akan bakar kelambu.Sebaliknya Abang Misai akan kejar nyamuk itu sampai dapat.Biar Boss ia 'King Of The Nyamuk' tengok akan tergeleng kepala dan berkata kepada nyamuk2 yang lain.Jangan main main dengan Abang Misai.Heh3xxx...bakar kelambu rugi laa beb.Duit kita tu.
Raja
Perkataan Raja diguna secara meluas.Ada juge nama Raja diletak dihadapan nama seseorang.
Contoh:
Raja Gopal atau Raja Linggam.
Ini biasa laa..
Ada juge yang luar kebiasaan.
Contoh:
Raja Dadah atau Raja Kapur.
Tetapi yang pastinya semua orang ada sifat yang sama.
Yaitu....Ber'Raja' DiHati.
Misai Ada DiMana!Mana?
Polis:Nama sebenar?
Abang Misai:Abang Misai.
Polis:Nama samaran?
Abang Misai:Abang Misai.
Polis:Siapa Abang Misai?
Abang Misai:Saya.
Hee...dailog malam tadi.Terucap dalam mimpi masa makan nasi kandaq dengan seorang Sarjan.Dan...
Sarjan ini orangnya bermisai juge.
Orang Kita
Bila pakai kemeja pendek kelepet hujung lengan baju orang kata kita nak tiru P.Ramlee.
Bila lentik misai jambul jatuh ke dahi lidah terjelir jelir dengan rokok selit kat tinga orang kata nak tiru MGR.
Heh3x...
Khamis, 2 Mac 2017
Kejadian Yang Jarang Berlaku
Pernah terjadi disuatu pagi lepas mandi Abang Misai pun bersiap siap pakai baju sapu bedak sikit dan sikat jambul terus capai kunci keta nak pergi kerja.
Bila nak kuar bukak pintu Abang Misai terasa ada satu kelainan.Abang Misai terus berlari mengadap 'cermin diri' dan sah Abang Misai dah agak dah ghupenya tuala mandi masih berbalut kat badan.
Abang Misai terlupa nak pakai seluar.
Cerita nie sebenarnya jarang berlaku pada semua orang.Kan..Kan.
Ejen
Banyak berjalan boleh buat kita dahaga.
Sebab badan kita mengeluarkan air yang dipanggil 'Peluh'.
Banyak bercakap pun boleh buat kita dahaga.
Sebab mulut kita jadi ejen penyembur yang dipanggil 'Tempias'.
Heh3x...
Rabu, 1 Mac 2017
Kami Serupa
Abang Misai boleh tahu jejaka yang duduk disebelah Abang Misai perut dia kosong.
Sebab boleh dengar perut dia bunyi keroncong.
Dia ingat Abang Misai tak dengar.Dia buat buat tak pandang jer.
Tetiba perut Abang Misai pun berbunyi keroncong juge.Dia pandang Abang Misai tetapi Abang Misai pura pura tak pandang dia.
Ghupenya kami senasib.Kuar rumah dari pagi sampai ke petang duk teguk air paip jer.Hee..