Dalam era awal tahun 90an semasa Abang Misai bertukar ke Depoh baru ada satu cerita yang ingin Abang Misai kongsi bersama.
Pada masa itu Depoh itu adalah pejabat zaman 'kayu' dan tandasnya pula terletak 10 ela kat belakang semak.
Setiap kali seorang Petugas yang kini bergelar Haji mahu pergi buang air besar mesti dia bawa sebatang kayu panjang.
Abang Misai pun heran laa.Sebab kayu itu selalu gak Abang Misai pegang buat halau anjing liar.
Bila Abang Misai tanya Haji mengapa dia bawa kayu itu masuk tandas dia enggan beritahu.
Sehinggalah pada suatu hari semasa Abang Misai masuk untuk buang air tetiba ada lidah panjang menjolok punggung Abang Misai.
Melompat Abang Misai terkejutan.
Ghupenya ada biawak besar dalam lubang tandas itu.
Itulah sebabnya Haji itu selalu masuk dengan kayu.Ghupenya sebelum membuang air besar dia akan menjolok jolok lubang tandas itu bagi menghalau biawak itu.
Yang tak bestnya Abang Misai sudah terbanyak kali pegang kayu itu.Dan Abang Misai tidak ingat Abang Misai sudah terpegang pangkal atau hujung kayu tersebut.Alahai...
Mengenai Saya

- ABANGMISAI
- BILA BERBICARA BIAR LOJIK WALAUPUN ORANG KATA KITA MERAPU. BILA MENDERMA BIAR IKLAS WALAUPUN SEDIKIT TETAPI KITA MAMPU.
Khamis, 4 Mei 2017
Era Zaman Pejabat 'Kayu'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan