Pekerja yang curi keluar waktu pejabat akan bercelaru memandu di jalanraya.Bukan kerna mengejar waktu tapi dah terlebih waktu.
Mengenai Saya

- ABANGMISAI
- BILA BERBICARA BIAR LOJIK WALAUPUN ORANG KATA KITA MERAPU. BILA MENDERMA BIAR IKLAS WALAUPUN SEDIKIT TETAPI KITA MAMPU.
Rabu, 31 Mei 2017
Selasa, 30 Mei 2017
Tak Habis Simpan
Kebiasaannya bila juadah bazaar Ramadhan semalam punya masih ada tersimpan dalam peti sejuk orang akan keluar lagi cari juadah diBazaar yang sama untuk berbuka puasa hari ini.Heh3x...
Jumaat, 26 Mei 2017
Pakai Tangan
Apabila kita makan diluar yang pastinya kita telah berkongsi pinggan dengan orang2 yang sudah makan sebelum kita.Hehe3xx..
Dan yang lebih pasti kita juga telah berkongsi sudu dan garpu dengan semua bangsa.Hehe3xxx....
Fahamkan maksud Abang Misai.
Sebab itu bilamana makan diluar Abang Misai lebih selesa makan dengan tangan.
Rabu, 24 Mei 2017
Ringtone
Apabila kita sudah set nada 'orang ketawa' dalam handphone kita tetiba kita rasa handphone kita berbunyi lekas2 kita mahu menjawabnya.Ghupenya orang2 sebelah kita yang berborak rupanya yang ketawa.
Ahad, 21 Mei 2017
Kena Dulu Baru Cerita
Kita kejar peragut yang bawa lari tas tangan wanita.Bila kita hampir berjaya menangkapnya siperagut itu terus campak tas tangan ketepi dan terus melarikan dirinya.
Kitapun ambil tas tangan itu.Dalam waktu yang sama polis pun sampai dan menggari kita.
Lima minit kemudian wanita empunya tas tangan itu tiba dan menuduh kita meragut begnya berdasarkan kebetulan warna baju yang kita pakai sama warna dengan baju siperagut tadi.
Itu kalau polis sampai dulu.Panjang citer kat balai.
Kalau orangramai cekup dulu teruk kena cepuk.
Lagi panjang cerita kat Balai.
Lempang Pelik
Melempang orang memang sedap.
Orang yang kena lempang mintak maaf pada orang yang melempang memang pelik.
Dah Habaq Dah
Abang Misai dah habaq awai awai lagi Piala FA 2017 mesti mai kat Kedah.Hee...
Tahniah Kedah.
Kedah 3 - Pahang 2.
Walaupun Abang Misai agak Kedah pulun 2-0 tapi Kedah puluh lebih.
Abang Misai bukan penyokong Kedah.Abang Misai penyokong kuat Portugis aka Kampung Portugis FA Melaka.
Namun setiap kali musim mangga harum manis Abang Misai pi utara Perlis cari sekotak dua.Mahai noo...
Sabtu, 20 Mei 2017
Selasa, 16 Mei 2017
Cepuk Tinga Kanan Kuar Limapuluh Sen Kat Tinga Kiri
Beli barang dapat baki duit sen limapuluh sekeping terus selit kat dalam cuping telinga kiri.
Senang nak ingat.
Lain kali datang bila peniaga tanya ada limapuluh sen tak?
Dengan pantas kita kata ada dengan menepuk telinga kanan dari atas tercepuk jatuh atas tapak tangan kiri.
Isnin, 15 Mei 2017
Akar Bermasaalah
Masaalah tidak boleh diselesaikan pada pucuknya.
Masaalah selalunya berpunca dari akarnya.
Akar yang kering akhirnya jadi kayu mati.Kayu mati inilah perlu dibuang.
Ahad, 14 Mei 2017
Selamat Hari Ibu
Seorang wanita cantik sering mendampingi diriku disaat suka dan duka....dibelai dan dibuai tanpa jemu.Hingga saat ini aku masih mengingati wanita itu...dia ialah......IBUKU.
Rabu, 10 Mei 2017
Kedai Gusti
Ada satu peluang perniagaan yang belum diceburi oleh orang secara sah dan berlesen.Yaitu membuka Kedai Gusti Lengan.
Formatnya:-
Masuk Percuma.
Bertaruh Sesama Sendiri.
Sape menang dalam satu pertarungan gusti itu tokey kedai dapat komisyen 25 percen.
Semua Ada Perasaan
Bila manusia ramai ramai kejar,tangkap dan ikat beruk kat sebatang pokok agaknya apa perasaan beruk itu.
Bila beruk ramai ramai kejar,tangkap dan ikat manusia kat sebatang pokok agaknya apa perasaan manusia itu.
Makan Ketam Memang Leceh
Leceh betul makan kari ketam.Kita patah kepit ia dengan baik ia tendang ketul kari kat muka orang depan..tertempek betul2 kat cerminmata dia.
Sampai Jua
Kejar bas tak dapat.Kejar teksi pun tak dapat.Last2 kejar bayang diri sendiri sampai rumah.Sampai puun.
Ahad, 7 Mei 2017
Tak Larat Dah
Sekarang nie tengah 'muda' bolehlah kita pegang handphone kehulur dan kehilir.
Esok dah tua kita kehulur kehilir dengan tongkat.
Sabtu, 6 Mei 2017
Siapa Kita Sebenarnya
Semua orang mahu perasan cantik dan handsome.
Bila berjalan macam gaya Salman Khan atau Brad Pit dan Shamila Tagore atau Kareena Kapoor.Gaya James Bond dan Rambo pun ada.
Sebab kita ini sebenarnya banyak berangan dan kita tidak mengenali siapa diri kita yang sebenarnya.
Taik Pun Susah Dapat
Taik hidung kait dengan jari senang dapat.
Sekali dapat yang ketul keras macam batu.
Taik telinga korek dengan jari punyalah susah nak dapat.
Kalau dapatpun habuk ia.
Jumaat, 5 Mei 2017
Cari Penyakit
Semua orang kalau boleh cuba tidak kena sebarang penyakit.
Namun kebanyakkannya suka 'cari penyakit'.
Khamis, 4 Mei 2017
Era Zaman Pejabat 'Kayu'
Dalam era awal tahun 90an semasa Abang Misai bertukar ke Depoh baru ada satu cerita yang ingin Abang Misai kongsi bersama.
Pada masa itu Depoh itu adalah pejabat zaman 'kayu' dan tandasnya pula terletak 10 ela kat belakang semak.
Setiap kali seorang Petugas yang kini bergelar Haji mahu pergi buang air besar mesti dia bawa sebatang kayu panjang.
Abang Misai pun heran laa.Sebab kayu itu selalu gak Abang Misai pegang buat halau anjing liar.
Bila Abang Misai tanya Haji mengapa dia bawa kayu itu masuk tandas dia enggan beritahu.
Sehinggalah pada suatu hari semasa Abang Misai masuk untuk buang air tetiba ada lidah panjang menjolok punggung Abang Misai.
Melompat Abang Misai terkejutan.
Ghupenya ada biawak besar dalam lubang tandas itu.
Itulah sebabnya Haji itu selalu masuk dengan kayu.Ghupenya sebelum membuang air besar dia akan menjolok jolok lubang tandas itu bagi menghalau biawak itu.
Yang tak bestnya Abang Misai sudah terbanyak kali pegang kayu itu.Dan Abang Misai tidak ingat Abang Misai sudah terpegang pangkal atau hujung kayu tersebut.Alahai...
Rabu, 3 Mei 2017
Alim Konon
Apabila kita sedang berehat dibangku panjang tetiba ada seorang amoy pakai skirt pendek duduk dibangku panjang lain yang berhadapan dengan kita.Mesti kita dah agak dia mesti duduk bersilang kaki.Wow...putih melepak tu.
Dalam situasi begitu kita mula buat2 muka alim konon tak pandang.Ceh...
Tipu Diri Sendiri
Dah ramai Abang Misai perhati kat stesen2 komuter.TnGo ini ramai tahu guna tetapi tidak tahu pakai.
Kalau dia orang tahu pakai mengapa dia orang pi sentuh kat reader berulang kali.
Kalau tahu guna mengapa kena penalti.Dan yang paling tidak berguna dan tidak boleh pakai ramai yang cuba menipu.Adoii...itu kan gadget pintar.Nak menipu tertipu diri sendiri.TnGo potong baki.Yang tidak ada baki tunggu hari lain bila topUp secara auto bila guna kena potong.
Kurang Belajar
Semua orang ada sifat kurang belajar.Bukan kurang ajer yer.Kurang belajar...
Sebab bila orang tidak nampak atau ada orang nampak selamba jer buang sampah walaupun secebis tisu.
Yang terlampau kurang belajar pula bila minum air tin atau sedut air kotak main tinggalkan kat bangku.
Selasa, 2 Mei 2017
Hardcore n Softcore
Bergaduh secara hardcore bermaksud bertumbuk dan berguling sampai lebam lebam.
Bergaduh secara lemah lembut bermaksud kita ketuk kepala dia sekali.Dia sekel kepala kita dua kali.Kita sekel kepala dia tiga kali dia ketuk kepala kita pat kali.
Begitu seterusnya dia dapat nam das.Kita dapat tujuh das dari dia.
Hebat Tak?
Sehebat hebat Abang Misai ini Abang Misai berani tampar gambar harimau lima ekor sampai terkoyak.
Heh3xx...
Rezeki Terpijak
Hari ini Abang Misai jumpa limasen lagi.Ini menjadikan jumlah yang terkumpul setakat hari ini 2.5.2017 berjumlah Rm 0.36 sen.Heh3x...
Tangan Jahanam
Pekerjaan merosakan lebih senang dari pekerjaan membaiki.
Atau dalam bahasa lain banyak tangan gatal boleh menjahanamkan kemudahan awam.Namun terlalu sedikit yang dapat membaikinya dengan kadar segera.
Isnin, 1 Mei 2017
Utama Kan Yang Masuk
Dalam sebuah Organisasi yang berasaskan perniagaan jangan ada terlalu ramai pegawai pentadbiran.Biar ramai pegawai pemasaran tidak mengapa.
Bila terlalu ramai pegawai yang mentadbir maka akan ada arahan yang berwarna warni atau arahan yang perbagai demi untuk menunjukan mereka buat kerja.Yang tidak ada kerja akan memberi arahan yang bertindih.Atau dalam bahasa melayu yang diadaptasi dari perkataan Inggeris ialah 'Pes n Kopi'.
Dan yang lebih parah perbelanjaan mentadbir mengatasi hasil pendapatan.
Ini penyebab sesebuah Organisasi itu lingkup.