Pada zaman dulu orang tidak tahu jarum itu boleh membuat seseorang itu terjungkit kesakitan.
Sehingga muncul seorang pendita dari gua.
Pendita ini telah meminta Tok Penghulu Budin mengajak semua orang kampung berkumpul
didalam dewan bagi membukti teorinya.
Pagi esoknya dewan penuh dengan orang ramai yang teruja ingin tahu.
Pendita:Saya perlu seorang sukarelawan?
Tetapi seorangpun tidak berani angkat tangan.
Pendita pandang Tok Penghulu.Tok Penghulu angkat bahu tidak boleh buat apa2.
Tiba2 Mat Piah masuk.
Mat Piah ini adalah budak suruhan Tok Penghulu kampung sebelah (yang belum diberi nama).
Mat Piah masuk terlompat lompat memanjangkan leher mencari Tok Penghulu Budin.
Nampak jer Tok Penghulu siMat Piah ini pun mengangkat tangan.
Semua orang bertepuk tangan memberi laluan untuk Mat Piah kedepan.
Pendita menepuk bahu Mat Piah dan menggelar anak muda ini seorang yang berani.(Sebenarnya Mat Piah angkat tangan bukan pasal mahu jadi sukarelawan).
Pendita pun menyuruh Mat Piah menunggeng.
Tersengeh sengeh Mat Piah menurut kata sebab budak muda ini hatinya mudah cair terima pujian.
Masa itu Pendeta pun keluarkan jarum dan mengangkat tinggi supaya semua orang dapat melihat dengan jelas.
Pendita:Dengan jarum ini saya boleh membuat pemuda ini lari terjungkit jungkit.
Semua orang tepuk tangan kegembiraan.
Tanpa membuang masa Pendita pun mencucuk jarum itu dibelakang punggung Mat Piah.
Apa lagi........
Mat Piah melambung tinggi dan berlari kesakitan.
Dewan menjadi gamat dengan tepuk sorak.
Dua hari kemudian Tok Penghulu dari kampung sebelah sendiri datang memaklumkan kepada Tok Penghulu Budin bahawa dia telah menamakan kampungnya 'Kampung Terjungkit'.Sebab dua hari lepas dia ada hantar Mat Piah untuk menjemput Tok Budin datang makan kenduri.
Heh3x...macam citer twilight zone pulak.
Nama kampung tercipta dahulu sebelum keluar teori Pendita.
😂🤣🤣😂
Mengenai Saya

- ABANGMISAI
- BILA BERBICARA BIAR LOJIK WALAUPUN ORANG KATA KITA MERAPU. BILA MENDERMA BIAR IKLAS WALAUPUN SEDIKIT TETAPI KITA MAMPU.
Rabu, 8 Ogos 2018
Satu Teori Atau Satu Kebetulan
Langgan:
Catatan (Atom)