Ada tiga orang sahabat.
Daud, Omar dan Abang Misai telah terjumpa sebatang cota warna hitam.
Daud dan Omar tanya Abang Misai cota ini apa kegunaannya.
Abang Misai kata cota ini kalau ketuk kepala orang ada bunyi 'Aduh' baru datang sakit.
Daud dan Omar tidak percaya.
Abang Misai kata kalau tak percaya boleh cuba.Tetapi dengan syarat 3 kali ketuk ajer.
Omarpun ambik cota itu dan ketuk kepala Daud.
Daud:Aduh dududu sakitnyaaaa....
Daud ambik cota itu dan ketuk kepala Omar pula.
Omar:Yerlaaa..sakit.
Daud:Tadi Abang Misai kata 3 kali ketuk.Sekarang biar saya ketuk kepala Abang Misai.
Abang Misai:Mana boleh.Masa ketuk kepala Omar belum cukup syarat.Omar tak kata 'Aduh'.Jadi Daud kena ketuk kepala Omar kuat sikit.
Daud pandang Omar.Omar angguk kepala bagi isyarat tangan bagi ketuk lagi sekali.
Omar:Kuat sikit tau.
Daud pun ketuk kepala Omar dengan kuat.
Omar menjerit:Aduhhh...sakitnya.
Daud:Ok...sekarang giliran Abang Misai pulak.
Abang Misai:Mana boleh.Dah cukup syarat.
Daud dan Omar:Syarat apa pulakk???
Abang Misai:Kan Abang Misai cakap tadi syaratnya 3 kali ajer.Daud kena sekali.Omar kena dua kali.Dua campur satu brape?
Daud dan Omar jawab serentak:Tigaa...
Abang Misai:Heh3x..
Sekian sebuah kesah yang menyanyat hati.
Mengenai Saya

- ABANGMISAI
- BILA BERBICARA BIAR LOJIK WALAUPUN ORANG KATA KITA MERAPU. BILA MENDERMA BIAR IKLAS WALAUPUN SEDIKIT TETAPI KITA MAMPU.
Khamis, 22 Februari 2018
Tiga Kali Ajer
Rabu, 21 Februari 2018
Berfikir
Orang yang memintal mintal hujung misainya bukan bererti dia tidak ada kerja.Sebenarnya dia sedang berfikir.
Dulu Lain Sekarang Lain
Dahulu rancak2 kengkawan nak pinjam sikat dengan alasan jambul dah terburai.
La nie rancak2 kengkawan nak pinjam hphone bukan alasan bateri dah habis.Tetapi kredit dia yang dah habis.Heh3x...
Gurau Tak Bertempat
Bergurau Tidak Bertempat.
Apa maksudnya.
Baiklah Abang Misai akan terangkan dengan jalan ceritanya sekali.
Bergurau tidak bertempat bermaksud katakan kita ada order satu cawan kopi panas.
Mamak pun tepuk tangan panggil kulinya bawa air kopi itu.
Kulinya pun datang bawa secawan kopi panas.
Bila Abang Misai angkat nak minum mamak kata 'Nanti duluuu.Sebelum minum ambil bau dulu'.
Abang Misai pun ambil bau.
Mamak:Sedap?
Abang Misai:Sedap!!
Mamak:Lazat??
Abang Misai:Lazat!!
Dari sini Abang Misai dah tahu mamak nak main trik P.Ramlee.Lepas ini mamak mesti tepuk tangan lagi sekali.
Memang betul.Lepas mamak tepuk tangan kulinya pun angkat cawan.
Abang Misai pun angkat kaki nak keluar.Apalagi mamak jadi panik kejar Abang Misai mintak maaf dan bawa Abang Misai ketempat duduk meja tadi.Malangnya tempat duduk itu dah ada orang lain masuk.Terpaksa mamak pujuk Abang Misai minum kat sebelah dia dikaunter tunainya.Hee...
Itulah maksudnya Bergurau Tidak Bertempat.
Bergurau Ada Tempat pula maksudnya samalah macam yang Abang Misai ceritakan kat atas tadinya.Cuma yang ini bila mamak pujuk bawa ke tempat duduk meja itu masih kosong.Hee...
Sekian.
Lagu Tak Sedap Ker Suara Tak Sedap
Abang Misai tengok jer bayi comel itu menyusu badan ibu dia.
Bila dia dah berhenti Abang Misai terus mintak kebenaran ibunya nak dukung bayi itu.
Abang Misai pun letak bayi itu bersandar atas bahu dan menepuk belakangnya sambil menyanyi dodoikan satu lagu.
Tiba2 dia muntah pulak.
Tak tahu mengapa.
Adakah kerana lagu itu tidak bagus atau pun suara Abang Misai tak sedap.
Ahad, 18 Februari 2018
Menangis Kononnnn...
Mak ingat mata Abang Misai berair sebab sedang memotong bawang.
Sebenarnya mak tidak tahu Abang Misai sedang menangis.
Mengapa Abang Misai disuruh potong bawang.
Mengapa tidak orang lain yang tolong potong bawang.
Meleleh Beb
Saat yang meleleh ialah disaat sahabat kita korek tepi lubang telinga kita dengan bulu ayam.
Atau ketika kita makan kacang sahabat kita itu urut tapak kaki kita.
Heh3x..
Heh3x..Takut Misai
Abang Misai gali lubang sekali terjumpa bom lama zaman Jepun.
Abang Misai pun pikul atas bahu pergi balai nak buat repot.
Tetapi Abang Misai heran.
Bila Abang Misai nak jumpa Sarjan semua lari lintang pukang ikut Sarjan itu berlari keluar dalam ketakutan.Habis kat semua orang Sarjan itu menjerit supaya Kopral dan orang2nya cari perlindungan.
Heh3x...
Mungkin dia orang takut dengan misai Abang Misai kot.
Sabtu, 17 Februari 2018
Cinta Berniqob
Apabila seorang jejaka mahu teman cintanya berniqob itu sebenarnya ego lelaki itu.
Turut sahaja kemahuan jejaka itu untuk memuaskan hatinya bahawa pasangan cintanya menurut kata.
Bukan selamanya berniqob.
Satu hari jejaka itu akan sedar sendiri bahawa wajah seorang wanita bukan aurat.
Kepala Tak Gatal Macam Nie Lah
Hari ini jumpa sepocen.Dalam poket ada 3pocen.
Campur sekali adalah dalam 4pocen.
Aiskrim canglung 2 secop singgit.
Kurang 6pocen.
Apek aiskrim pandang jer Abang Misai garu kepala yang tidak gatal.Alahai...
Nama Sama
Sedang Abang Misai sorong troli dalam supermarket Abang Misai terpandang seorang kawan lama sedang membelek belek bungkusan meggi.
Abang Misai pun panggil:Hoi Mat!!!
Sekali 6 orang jejaka yang sama2 membelek bungkusan meggi pandang kearah Abang Misai.
Heh3xx...
Dia orang pandang sebab mungkin kebetulan nama dia orang Mat juge.
Naik Angin
Bestnya baca paper bawah pokok.
Terasa berangin.
Yang tak bestnya tengah sedap baca ada burung jatuhkan pelurunya tertempek atas hidung Abang Misai.
Ini yang buat Abang Misai naik angin.
Tiba2 Tidak Ada Yang Menarik
Abang Misai follow belakang pompuan seksi.
Ini menarik.
Dibelakang ada pompuan lagi seksi follow Abang Misai.
Ini pun menarik.
Tetiba muncul dari mana tah datang satu benggali berjalan seiring sebelah Abang Misai.
Aiseymen..
Ini yang tidak menariknya.
Jumaat, 16 Februari 2018
Hari2 Mesti Gaduh
Adat orang bercinta dalam satu hari mesti bergaduh sebab tidak sepakat.
Jadi salah seorang mesti mengalah dan jadi tukang pujuk akhirnya.
Khamis, 15 Februari 2018
Sape Bodoh
Jalan sambil baca watsapp tetiba terlanggar tiang.
Senget cerminmata terlucut bawah hidung.
Pastu kata 'Bodoh punya tiang'.
Nasib baik tiang itu tidak boleh berkata kata.
Kalau tiang itu boleh berkata kata mesti tiang itu tanya balik "Sape Bodoh?".Kan...
Rabu, 14 Februari 2018
Beruk Punya Hal
Abang Misai panjat pokok kelapa.
Tetiba dari mana datang seekor beruk mengelonsor turun dengan laju dari atas pokok kelapa yang Abang Misai panjat itum
Untuk mengelak dari tercium bontot beruk apalagi Abang Misai pun mengelongsor turun juge dengan lajunya.
Baghero punya beruk.
Sabtu, 10 Februari 2018
Keras Kepala
Dalam dunia percintaan apabila masing2 keras kepala maka alam percintaan itu semakin menarik.
Tumpuk2 Taik Unta
Ada satu cerita pasai taik unta ini.
Kisahnya tentang 3 saudagar arab sesat dipadang pasir mencari makanan.
Dalam pencarian mereka terjumpa setumpuk taik unta.
Yang sorang cakap ini buah kurma.
Yang sorang cakap ini maajun dari langit.
Yang sorang lagi terlalu bijak.
Dia kata apa cakap2.Mari kita makan.
Selasa, 6 Februari 2018
Siapa Lebih Pandai Mengajar
Abang Misai tidak pandai panjat pokok kelapa.Tetapi pasai nakkan airnya Abang Misai panjat juge.Nasib baik Abang Misai penah tengok Beruk melakukannya.Ghupenya boleh pulas dengan kaki juge.
Thank you,Beruk.
Sebagai balasan teringin Abang Misai nak mengajar Beruk menunggang motosikal.
Ingat yer Beruk>Menunggang Motosikal.
Bukan merempit dengan motosikal.
Jujur Yang Tidak Terduga
Orang yang terlalu jujur atau terlalu amanah jangan terperanjat kalau dia terjumpa duit limasen.
Dengan duit limasen itu dia pergi serah kat balai.
Tak terkata apa abang Sarjan atau abang Kopral.
Susahnya Nak Bayar
Pegang pinggan lauk dengan tangan kanan.
Air sejuk segelas kepit kat dagu
Nak bayar dengan tangan kiri.
Masa nie lah datang susah nak tarik wallet kat poket belakang.Makin kedepan kita dibuatnya.Kan..
Kita Makluk Yang Lemah
Abang Misai terlanggar benggali.
Benggali jatuh.
Abang Misai terlanggar lembu.
Lembu jatuh.
Abang Misai terlanggar tiang.
Abang Misai yang jatuh.
Tak Tahu Pun Yang Abang Misai Kuat Lari.
(Kenangan silam satu malam semasa jadi budak kampung yang suka menyakat)
Memalam Abang Misai nyorok belakang pokok sakat satu budak baru balik dari mengaji.Budak tu ingat antu tegur dia.Dia punya lari zup zup hilang dalam gelap.
Abang Misai tahan perut gelak.
Tetiba ada satu suara tegur Abang Misai pulak.Pusing kiri pusing kanan takdak sape pun.Abang Misai pun lari zup zup hilang dalam kegelapan hingga tak sedar Abang Misai punya larian overlapping budak yang lari tadi.Maknernya Abang Misai lari lebih laju dari dia.
Budak Dengan Belonnya
Saat yang paling seronok bila Abang Misai lihat budak2 main belon.
Bila mereka leka bermain masa itulah Abang Misai sudah standby dengan jarum.
Bila mereka tidak melihat cepat2 Abang Misai letupkan belon dia orang dengan jarum itu.
Mesti budak budak itu terpinga pinga mengapa tetiba belon mereka pecah.
Mereka nak tuduh Abang Misai tidak boleh.
Satu mereka tidak ada buktinya.
Nombor duanya mereka tengok muka Abang Misai bukan sahaja serius malah Abang Misai boleh buat muka selamba.Heh3x...
Isnin, 5 Februari 2018
Jodoh Itu Mudah
Kita sering mengeluh tiada teman lelaki atau teman wanita.
Segalanya sukar untuk kita membuat langkah permulaan.
Bila Allah mempermudahkan jodoh kita maka mula kita menunjuk ego konon kita ada teman yang lebih baik.
Sebenarnya kita silap.
Allah sudah mempermudahkan kita dengan bertemu jodoh yang baik.
Kita sendiri mula mencari jalan yang berliku.