Mengenai Saya

Foto saya
BILA BERBICARA BIAR LOJIK WALAUPUN ORANG KATA KITA MERAPU. BILA MENDERMA BIAR IKLAS WALAUPUN SEDIKIT TETAPI KITA MAMPU.

Ahad, 31 Disember 2017

Jangan Mengarut

Kepada semua teman yang rajin membaca ayat2 mengarut dalam blog Abang Misai ini terimalah ucapan ikhlas Selamat Tahun Baru.
Satu sahaja permintaan Abang Misai.
Jangan pasang azam.
Itu semua mengarut.Percaya la...

Seruan Abang Misai

Seruan ini dituju kepada semua Rakyat Tempatan,Rakyat Bangladesh,Rakyat Myanmar dan Rakyat Indonesia yang prihatin yang kini sedang berangkat ketempat berhimpun diseluruh negara.
Selepas upacara countdown tahun baru tolong jangan tunjuk kepada dunia tetapi tunjukkan pada diri sendiri bahawa kita tidak pulang meninggalkan sampah sarap yang menimbun.

Tahun Baru Yang Penuh Sampah

Menjelang tahun baru ini Abang Misai pergi Dataran Merdeka cuma nak tengok bunga api sahaja.Abang Misai berazam akan tepuk tangan kuat2 tanda gembira.
Pastu Abang Misai balik tidur.
Dalam masa nak tidur tu kepala mesti runsing memikirkan orang2 bandaraya kena turun awal pagi membuat kerja2 kebersihan dari jiwa2 yang tidak tahu menghargai kebersihan.

Rabu, 27 Disember 2017

Bila Susah Hati

Pernah terjadi dimasa masa Abang Misai cuma ada limasen dalam saku.
Masa itu fikiran melamun kosong.
Berjalan sambil merenung tunduk kebawah.
Bila tersedar baru nak angkat muka.Tetapi sudah terlambat.Dahi sudah terantuk kat tiang lampu.
Jadi Abang Misai dengan sendirinya mahu memberi 2 perkabaran.
Satu kabar baik dan satu kabar tidak baik.
Abang Misai bagi tahu dulu kabar baik.
Kabar baiknya Abang Misai tersedar dari lamunan kosong.
Kabar tidak baiknya Abang Misai terduduk mengurut telur yang timbul didahi dengan warna keungguannya.Alahai..

Jumaat, 22 Disember 2017

Sarapan Hancur

Pergi kerja bawa sarapan 2 biji telor separuh masak.
Simpan 2 biji telor itu dalam poket belakang terus berlari kearah Bas Stop. Bas sampai berebut rebut nak naik cari tempat kosong.
Kebetulan ada satu kosong.
Senyum kambing lega dapat duduk.
Lepas duduk terasa ada cecair basah bawah punggung.
Aisaymen....
Baru teringat.Terduduk atas telor.
Alahai..
Bila bangun orang ramai tutup hidung.Dia orang ingat Abang Misai tercirit kuning dalam seluar.