Kekuatan orang lelaki yang boleh melemahkan kekuatan orang perempuan ialah semangat 'Mengurat'nya.
Kekuatan orang perempuan yang boleh melemahkan kekuatan orang lelaki ialah 'Jelingan Manja'nya.
Mengenai Saya

- ABANGMISAI
- BILA BERBICARA BIAR LOJIK WALAUPUN ORANG KATA KITA MERAPU. BILA MENDERMA BIAR IKLAS WALAUPUN SEDIKIT TETAPI KITA MAMPU.
Rabu, 26 Julai 2017
Masing Masing Punya Kekuatan
Ahad, 23 Julai 2017
Sape Bodoh
Ramai orang kata lembu itu bodoh.Hingga perumpamaan itu melekat pada ayat ayat seperti 'Bodoh macam lembu'.
Tang mana bodohnya lembu itu?
Sabtu, 15 Julai 2017
Tolong Tak Ada Makna
Ternampak satu pakcik dalam usia lewat 70an berdiri ditepi jalan yang sibuk.Ditangannya ada memegang satu guni besar.Macam bau durian.Mesti pakcik ini datang dari kampung.
Sebagai seorang jejaka yang tampan lagi bertanggungjawab Abang Misai pun pergi nak menolong.
Abang Misai angkat guni itu dengan sebelah tangan dan sangkut belakang bahu.Sebelah tangan lagi Abang Misai pimpin tangannya masuk celah2 kereta yang berjalan perlahan.Orang tua itu mengikut jer sambil tercengang cengang pandang Abang Misai.
Sampai kat seberang jalan baru Abang Misai tanya nak pergi mana.
Dia bagi tahu nak pergi balik kat tempat tadi menunggu teksi.Aduhhh aduhai....
Hantu Itu Ada DiMana?Mana!
Pernah jumpa hantu?
Hantu itu sebenarnya ada dalan diri kita sendiri.
Penah dengar tak masa kita nakal kecil2 dulu.
Mak marah kata 'Hantu punya budak'!
Heh3x..
Ahad, 9 Julai 2017
Nasib
Semalam gigi sakit.Itu nasib.
Hari ini duit syiling sepocen hilang.Itu nasib.
Esok kalau terpijak taik kucing.Itu nasib juge.Tetapi nasib tak baik la.Kan...kan.
Isnin, 3 Julai 2017
Kaki Sejati
Satu hal kaki kanan kita tidak pernah berkelahi dengan kaki kiri.
Kalau tidak susah juge kita nak bergerak bila kaki kiri dan kaki kanan saling sepak menyepak.Ini bagus sebagai satu contoh kerjasama yang erat.Baru kita boleh melangkah penuh gaya.Sebab dua dua kaki ini saling perlu memerlu.
Ibarat kita cubit pena kanan pena kiri pulak yang lebih lebih sakitnya.Heh3x...
Sabtu, 1 Julai 2017
Kerengge Jahat
Kerengge bila dah masuk dalam seluar mesti cepat2 tanggalkan suar cari sampai dapat.
Kalau tidak nanti ia gigit tempat sulit masa itu kita jalan macam sotong kepanasan.
Jangan Bohong
Semua orang.....
Ingat yer Abang Misai cakap 'semua'.
Semua orang sedikit sebanyak mesti pernah cakap bohong.
Sikat
Tak manis sikat rambut depan orang botak.Kecik hatinya kita tidak tahu.Walaupun dia nampak tersengeh.