Mengenai Saya

Foto saya
BILA BERBICARA BIAR LOJIK WALAUPUN ORANG KATA KITA MERAPU. BILA MENDERMA BIAR IKLAS WALAUPUN SEDIKIT TETAPI KITA MAMPU.

Rabu, 28 Jun 2017

Belum Tua

Kita mula merasa diri kita tua bila budak2 sudah mula panggil kita Uncle atau Pakcik.Dia orang tidak panggil kita abang lagi.
Tetapi kita berasa muda sangat bila mamat2 bangla tiak kita abang.Heh3x..

Ahad, 25 Jun 2017

Tahu

Beli tahu.Sumbat tahu.Makan tahu.
Tahu tak apa itu tahu.
Tahu itu adalah sejenis makan.Nama lain tahu ialah Tauhu.Hee...

Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya
Aidil Fitri Al Mubarak
Kepada semua yang mengikuti blogspot Abang Misai.
Andaikata bicara Abang Misai ada silap dan salah Abang Misai menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin.

Alarm

Bila sedara mara sudah ramai tidur dimalam raya dirumah ibubapa mesti awal subuh bersahut sahut kedengaran bunyi alarm hphone.

Khamis, 22 Jun 2017

Kusut


Antara jiwa mereka yang tenang dengan jiwa mereka yang serabut lihat pada cara mereka beri wang note seringgit.


Rabu, 21 Jun 2017

Bakar

Satu perkataan dua makna.
"Siapa bakar"?
'Saya bakar'!

Dunia Dunia

Sebelum kita dapat wang yang banyak macam2 kita janji nak beli itu nak beli ini untuk seseorang.
Bila sudah dapat wang itu ada jer yang tidak cukup.

Selasa, 20 Jun 2017

Bahan Bacaan

Baca buku hutang dengan baca buku cerita.
Mana yang lebih sonok?

Isnin, 19 Jun 2017

Kentut

Apabila kita terkentut depan kelayak ramai dan tidak mahu orang ramai tahu kita yang kentut lekas lekas kita berdehem atau batuk kuat2.

Free

Sape2 yang kenal Abang Misai mesti tahu yang Abang Misai nie dulu sekolah melayu.Subjek Bahasa Inggeris dapat 9 dalam SPM.
Tetapi Abang Misai mampu tengok suratkabar The Sun.
Dia orang ingat Abang Misai faham bila baca.Sebenarnya tidak.Banyak perkataan Bahasa Inggeris yang Abang Misai tidak faham.Oleh kerana Abang Misai lihat ramai yang ambil suratkabar ini dari dalam rak Abang Misai pun ambik sama.Sebab free kan...Hee...

Hilang Berganti

Hilang sepocen jumpa sepuluh ringgit.Senyum sampai nampak semua gigi.
Hilang limapuluh ringgit jumpa limasen.
Jadi ler walaupun sama nilai dengan taik gigi.

Khamis, 15 Jun 2017

Janggut Bermisai

Tidak ada jauh bezanya antara janggut dengan misai nie.Sama jer.
Bila nampak pompuan lawa yang ada janggut urut janggut.Yang ada misai gentel misai.Kan

Unggas Gatal

Unggas2 kecil yang berterbangan ini suka datang kat hidung kita.
Bila tersentuh bulu hidung rasa gatal dibuatnya.
Kalau ikutkan hati bila tepuk terkena batang hidung sendiri.Alahai...

Biskut Sampan Kelapa


Setiap kali menjelang Aidil Fitri biskut ini dulu Abang Misai cari.Hehx3..

Samseng Taik Anjing

Bila seekor anjing menyalak anjing anjing yang lain pun turut sama menyalak.
Serupa macam geng2 nak bergaduh secara kumpulan.
Bila sorang bersuara yang lain semua nak bersuara sama.

Jangan Tipu

Jejaka berjanggut dan Jejaka bermisai tidak boleh tipu puasa.
Bila tanya Jejaka berjanggut anda berpuasa ker.
Kalau dia jawab 'iyer' tetapi hujung janggut dia ada bekas sambal mee ini boleh menimbulkan keraguan.
Begitu juge dengan Jejaka bermisai.Kalau dia jawab 'iyer' tetapi bawah misai dia ada bekas garisan air susu ini juge boleh menimbulkan keraguan.Kan...

Rabu, 14 Jun 2017

Panic

Dicadangkan dimana ada ditempatkan mesin ATM perlu juga dipasang butang 'Panic'.Amacam😎

Tidak Memilih

Apabila kita tamat pengajian peringkat ijazah atau diploma ada yang memperolehi pekerjaan yang langsung tiada ada kaitan dengan apa yang kita pelajari dahulu.
Ini namanya tidak memilih pekerjaan.Atau inilah takdirnya.

Isnin, 12 Jun 2017

Tinggal Bas

Biasa Abang Misai terperhati.
Bila seseorang itu ketinggalan bas orang itu akan seboleh bolehnya cuba nak kejar juge bas itu.
Kalau pemandunya sibuk nak tengok belakang satu bas boleh terbabas masuk longkang.
Jadi biarlah tertinggal satu orang daripada ramai yang terkandas.

Macam Sama

Hard Disk boleh penuh.
Tetapi otak kita tidak pernah penuh.
Hard Disk boleh cari memori.
Tetapi otak kita kekadang tidak ingat memori.
Hard Disk boleh korup.
Otak kita boleh sewel.Alahai...

Jangan Mimpi

Orang kata usah bermimpi tetapi tiap2 malam semua orang bermimpi.

Ahad, 11 Jun 2017

Jahanam Memang Pandai

Untuk menerima pembaharuan memang lambat.
Tetapi untuk menjahanamkan benda baru memang cepat.

Ini Yang Tak Seronok

Yang seronoknya bila kita kentut sorang sorang dalam bilik pejabat.
Tetapi yang tidak seronoknya bila kita baru lepaskan satu das tetiba bos masuk.Alahai....baunya pulak meracun jiwa.

Serupa Tapi Tak Sama

Rambut kita dengan tayar motokar sama hitam.
Rambut kita hitam tetapi ada perbagai ragam.
Begitu juge tayar.Warnanya hitam tetapi ada perbagai model.Heh3x..

Sabtu, 10 Jun 2017

Beruk Pun Sama Sibuk

Teringat kenangan hariraya tahun 2001dikampung.
Dua hari sebelum nak raya mak Abang Misai suruh Abang Misai panjat pokok kelapa bawak turun pucuk untuk anyam ketupat.
Semasa memanjat itu dipertengahan batang pokok itu ada sekor beruk mana tah laju turun mengelunsur.
Abang Misai pun turun sama mengelunsur kebawah dengan lajunya.
Kalau tidak naya tercium bontot beruk.Adoi...

Kelebihan Manusia

Dalam diri manusia ada sifat haiwan.Dalam diri haiwan ada sifat manusia.
Kelebihan manusia ini selain dikurniakan akal boleh juga meniru suara2 haiwan.

Muka Gabra

Selesai makan baru perasan tak bawak duit.Buat muka sadin ker.Buat muka cemas ker mamak tetap pandang muka kita sebagai muka penipu.

Faham Tak?

Itu jam ada taruk situ.Ini jam tengok itu jam sudah tarak.Belakang jam saya punya adik ada ambik itu jam.Sekarang itu jam juga ini jam saya ada pakai.
(hee..kalau tak paham biar Abang Misai translate cakap dia)
Dia cakap dia letak jam kat situ.Bila masa dia pergi tengok jam itu sudah takder.Pastu dia teringat adik dia ambik jam itu.Masa itu juge dia pakai balik jam itu.

Selamat Berpuasa Dan Salam Aidil Fitri 2017

Selasa, 6 Jun 2017

Dugaan

Bila berpuasa tunggu berjam jam sehingga waktu berbuka terasa waktu itu sekejap ajer.
Tetapi 5 minit lagi masuk waktu berbuka terasa lama.

Isnin, 5 Jun 2017

Martabat Bahasa

Orang India bercakap dengan orang melayu mesti terbawa bawa gaya slang loghat india mereka.
Begitu juge bila orang cina bercakap dengan orang melayu mesti terbawa bawa gaya slang loghat cina mereka.
Yang Abang Misai tidak faham nie mengapa orang melayu bila bercakap dengan kaum india dan kaum cina ini orang melayu terbawa bawa sekali slang loghat dia orang.
Tidak bolehkah orang melayu utamakan kefasihan pertuturan bahasa melayu itu sendiri apabila berbicara dengan mereka.

Khamis, 1 Jun 2017

Cakap Sorang Sorang

Apabila kita bercakap sorang2 diri mesti orang yang duduk disebelah kita pandang kita dengan hairan sebab dia ingat kita mengata dia tetapi sebenarnya tidak.Mengapa itu boleh terjadi..??
Sebabnya.....okk.
Katakan kita cakap sorang2 begini 'Sampai hati ko Jamilah.Kawin tak jemput Abang Misai'.
Orang sebelah itupun pandang kita dengan hairan padahal kita dan dia saling tidak kenal mengenali.Dia pandang kita mungkin kebetulan nama dia juga Jamilah.Itulah pasal....

Bunyi Garang

(Garang seseorang itu bergantung kepada bunyi yang dihasilkan)
Contoh:mula mula bunyi 'Pon!Pon!Pon!!!'.Banyak kali.
Pastu bunyi 'Phangg'.Sekali.
Bunyi apakah itu.Cubak teka.
Apaaa....tak tahu.
Baiklah...
Abang Misai bagi tahu.
Mula2 bunyi pon3x itu bunyi keta hon belakang keta Abang Misai.
Abang Misai pun turun bagi dia satu pelempang sekali.Itulah bunyi Phanggg...
Dua tiga baris kat belakang pun dah tak berani nak hon juge.Bunyi senyap pulak tetiba.

Bottle Neck

Bila kita berjalan kaki ditempat lapang kita bebas bergerak kesana dan ke mari.Kita boleh potong memotong antara satu sama lain.
Bila kita berjalan kaki dilorong sempit (cukup2 untuk lolos saiz badan kita sahaja) maka kita mula rasa terkongkong dan bergerak back to back.Nak potong pun tidak boleh.Tambah kalau didepan kita ada orang tua bertongkat tiga.Kita pahamlah kenapa dia slow.Tetapi orang yang mengikut paling belakang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku didepan.Apapun dia tidak boleh buat selain terkinja kinja melompat tinggi nak tengok apa yang tersekat didepan.Tambahan pula bila ada orang berbadan saiz xxxx tersekat kat bahagian bottle neck.Alahai....

From KL to London with love

Dengan sedikit usaha Abang Misai mampu mnghantar Bangunan KLCC ke London.
Baru sat tadi kawan Abang Misai di kota London membalas email bagi tahu dia dah terima gambar itu.Heh3x...