Apabila kita masuk makan dimana mana restoran sebenarnya kita telah berkongsi pinggan,cawan,gelas,sudu dan garpu yang sama digunakan oleh orang2 sebelum kita.
Mengenai Saya

- ABANGMISAI
- BILA BERBICARA BIAR LOJIK WALAUPUN ORANG KATA KITA MERAPU. BILA MENDERMA BIAR IKLAS WALAUPUN SEDIKIT TETAPI KITA MAMPU.
Sabtu, 29 April 2017
Khamis, 27 April 2017
Jari Baghero
Jari telunjuk ini bukan setakat boleh korek taik hidung.Ia juga boleh tekan butang kecemasan lift dan mengumpil butang butang lift.
Memang baghero punya ampunya jari jari itu.
Rabu, 26 April 2017
Roti Melayu
Roti panjang dibuat oleh warga tempatan.Masuk pasar malam melayu teriak 'Roti John!Roti John!!'.
Malu kot kalau dinamakan 'Roti Dol!Roti Dol!!'.
Tak Faham Ker Atau Be**l
Bila Petugas Kaunter Teket Bas tampal kat cermin kaunter satu hal.Kalau tampal kat dahi sekali pun untuk memaklumkan teket bas habis orangramai tetap beratur. Masing masing tetap mahu bertanya sendiri soalan yang sama 'Teket Habis Ker'.
Jenuh jawab.Mesti dapat jawapan yang sama kan.Kan kan..
Campur Dulu
Bila peniaga tanya ada sepocen tak?
Mamat nie kata takder.Tapi dua duit limasen ada.
Adoiii...hang mat!
Lima campur lima tu sepuluh laa...
Hee.
Biar Betul Mamat Nie
Orang yang berfikir kekadang bertanya juge soalan yang mengarut.
Dia tahu dan berfikir disitu hanya ada satu pintu sahaja tetapi dia bertanya juge:-
'Nak masuk ikut pintu ini ye?'.
Cari Penyakit
Kalau boleh semua orang mahu elak dari terkena penyakit.
Namun tidak kurang juge semua orang sengaja cari penyakit.
Selasa, 25 April 2017
Apa Batu Itu Buat Kat Situ?
Perasan tak?
Bila seseorang itu jatuh tersadung batu atau akar kayu mesti dia akan bangun dan membongkok tengok batu atau akar kayu itu.
Rezeki
Ada lima orang jejaka bersandar tepi dinding tandas.Kelima lima jejaka ini pula tidak mengenali diantara satu sama lain.
Dalam lima2 jejaka ini seorang pun tidak perasan ada duit note sepuluh ringgit tercicir atas lantai.Sebab masing masing sedang mengelamun.
Duit note itu pula tidak tahu siapa punya.
Akhirnya duit note itu dikutip oleh cleaner yang kebetulan baru sampai.
Rezeki dia.
Isnin, 24 April 2017
Penyakit
Orang yang merokok ini sebenarnya merosakkan kesihatan mereka sendiri.Kerana terang2 Kementerian Kesihatan memberi Amaran:Merokok Merosakkan Kesihatan.
Lebih parah lagi orang yang merokok ini penyakitnya suka membuang puntung rokok merata rata.Adoii...
Ahad, 23 April 2017
Padan Muka Pembuang Sampah Merata Rata
Tisu yang dibuang merata rata kalau nasib baik kita terkutip tisu gumpal yang didalam lipatan itu ada tersimpan cincin emas atau cincin berlian.
Tak Baca Punya Orang Mesti Melilau
Bila hati dah gelap berpusing pusing dalam Mall cari tandas pun tak jumpa.
Sabtu, 22 April 2017
Jumaat, 21 April 2017
Tangan Mana Oii....
Apabila seseorang itu menghulur sesuatu kepada kita dengan menggunakan tangan kiri itu bermakna dia mencuci najisnya dengan tangan kanan.
Rabu, 19 April 2017
Tebal Tidak Semestinya Bengis
Seorang jejaka bermisai tebal berdiri disebelah tiang kanan.
Seorang jejaka bermisai nipis berdiri disebelah tiang kiri.
Kalau ada orang sesat jalan dia akan pergi bertanya kat jejaka bermisai nipis.
Sebab jejaka yang bermisai tebal selalu mukanya nampak bengis.
Jejaka bermisai nipis mukanya tampak manis.
Nasi Kosong
Hidup tanpa gurau dan senda umpama makan nasi tanpa lauk.
Meleleh airmata terjurai hari2 makan nasi.
Selasa, 18 April 2017
Cepatnya Kita Jadi Pelupa
Hari ini kita marah 'seseorang' yang telah tidak sengaja terpijak kasut kita.
Esok kita terjatuh dalam parit dan 'seseorang' yang sama datang menolong.
Lusa 'seseorang' yang sama tersondol belakang kita dengan basikalnya.Dan hari itu juge dia dapat pelempang kita.
Nampak tak macam mananya kita ini cepat pelupa.
Tanya Pun Tak Faham
Tidak kira apa bangsa dan apa bahasa pertuturan mereka kekadang mereka sendiri bila bertanya akan mengulangi pertanyaan yang sama.Seolah olah mereka bertanya tetapi tidak faham dengan jawapan yang diberi.
Padahal yang bertanya dengan yang menjawab sama2 sebangsa dan bertutur dalam bahasa yang sama.
Ada Akal?
Dalam mengharungi kehidupan harian kita lebih cekap menunjukan sifat kurang ajar dari bersifat sebagai manusia yang berakal.
Jalan Dah Ada..
Jalan Mencari Makan dengan Jalan Jalan Mencari Makan adalah dua ayat yang jauh pengertiannya.Tidak sama.
Jalan Mencari Makan kita akan tempuh banyak halangan dan rintangannya.
Sedangkan Jalan Jalan Mencari Makan kita menghadapi kesukaran untuk memilih kedai makan yang mana satu.Sebab terlalu banyak pilihan yang bersaing.
Isnin, 17 April 2017
Babi Dan Setan
Apabila seseorang itu didalam keadaan marah perkataan yang banyak disebut ialah sejenis binatang yang dinamakan 'Babi'.
Mungkin perkataan 'Setan' jatuh nombor dua.
Sabtu, 15 April 2017
Kaunter Pertanyaan Bergerak
Servis Kaunter Pertanyaan Bergerak telah ujud sejak dizaman filem P.Ramlee lagi.
Tetapi sehingga kini belum ada orang mem'praktik'kannya sebagai punca pendapatan sampingan.
Satu pertanyaan kita kenakan bayaran 2pluhsen.Walaupun yang bertanya itu ibu siAyu itu sendiri.
Ini bukti dailognya:-
Siti Tg Perak:Ayuuuuuuuu.......kakak kamu mana dah malam belum balik lagi?
Ayu:dua puloh sen arr..
Itu baru satu pertanyaan.Tengok berapa punya untung.Modal air liur jer..Bayangkan berapa banyak kita dapat kalau seseorang itu datang dengan seribu persoalan.
Hati Hati Main Dengan Beruk
Seberang sungai ada pokok rambutan lebat buahnya.
Dalam sungai ada banyak buaya.
Atas pokok rambutan ada banyak beruk.
Dengan beruk2 ini lah anda kena mintak buah rambutan itu.
Bukan mintak dengan kata2 'Hoi..beruk!Mai rambutan sikit'.
Jangan.Jangan buat begitu.Nanti beruk2 itu tergaru garu tak faham.
Ambik batu baling kat beruk itu.Nescaya beruk beruk itu akan membaling buah rambutan kearah anda.
Anda pun mengutip.Tapi semasa mengutip harus berhati hati jangan terlalu hampir dengan tebing sungai.Kalau tidak anda akan menjadi santapan sang buaya.
Jumaat, 14 April 2017
Jangan Main Dengan Beruk
Dengar Abang Misai kata.
Kita boleh 'acah' anjing dengan mengambil sebijik batu anjing itu sudah lari sebatu.
Tetapi jangan sesekali kita acah beruk dengan batu.
Silap2 kita yang lari sebatu bila beruk itu mula kutip batu dan baling kearah kita.
Tak Canggih Mana Pun
Sekarang ini Abang Misai lihat model model kereta semakin canggih.
Tetapi macam mana canggih sekalipun ia tetap kena hujan dan panas.
Sebab sehingga hari ini pencipta kereta canggih ini gagal mencipta bumbung kereta yang boleh berubah menjadi payung yang besar bagi melindungi kereta kereta ini dari hujan dan panas semasa mode 'Parking'.
Heh3x...
Isnin, 10 April 2017
Biar Lojik
Seelok eloknya bila kita bertanya atau melakukan sesuatu biar ikut lojik.
Kalau tidak kita dipandang bangang oleh orang lain.
Formula Rahsia
Kalau kita boleh mencipta satu perencah yang apabila dicampur dalam masakan perencah itu dapat mengurang atau menghapuskan bau busuk yang terhasil dari angin perut atau kumbahan yang dibuang melalui air besar maka Abang Misai percaya perintis yang menghasilkan formula ini akan menjadi seorang yang teramat kaya.Lebih kaya dari 3 Abdul Bersaudara dan lebih kaya dari Bill Gates.
Ahad, 9 April 2017
Orang Lain Pun Ada Handphone..Tapi?
Sedang bersarapan ditengah tengah orangramai pun terjerit jerit dengan handset kat tangan sebelah.Tercekik tulang kari kambing baru tau.
Jom Kita Tengok Siapa Yang Kena
Bila kawan kata 'Jom Belanja' jangan terus setuju dan mengikut dia masuk dalam warung mamak.
Tanya dia betul2 dia punya 'Jom' itu bermaksud dia yang akan belanja kita atau kita yang kena keluarkan fulus belanja dia.
Sebaik baiknya tanya dulu sebelum makan.
Kalau tanya selepas habis makan baru 'ya' mamak pandang kita.Kita pandang kawan.Kawan terkebil kebil pandang mamak.
Sabtu, 8 April 2017
Duit koyak
Dalam dompet kebanyakkan rakyat Malaysia mesti ada terselit duit singgit koyak berseletip.
Mana Boleh Cakap Rilek..Bro
Seseorang itu akan cuba menampakkan wajah yang tenang beratur panjang menunggu giliran untuk membeli makanan.
Namun seseorang itu tidak dapat menyembunyikan wajahnya yang cemas apabila beratur panjang untuk membuang air besar ditandas awam.
Kalau keadaan terlalu terdesak seseorang itu tidak akan teragak agak berlari dibelakang semak untuk melepaskan hajatnya.Itupun kalau diluar shopping komplek ada semak samun.
Hero Sebenar
Seseorang yang memiliki sifat kerisauan yang tinggi pasti apabila dia ternampak sebuah bangunan terbakar dan dia dapati handset dia pula kehabisan bateri.Pondok talipon awam pulak pusing dia cari tidak ada.
Jadi dia kena guna stamina yang ada untuk berlari dengan kelajuan yang luarbiasa menuju kebalai bomba walaupun balai bomba yang terdekat terletak 15km dari tempat kebakaran.
Orang seperti dia layak digelar hero rakyat.
Khamis, 6 April 2017
Adakah Siapa Peduli
Pakai singlet koyak.
Pakai seluar tidur.
Pakai selipar jepun.
Pastu pura2 jatuh pengsan depan warong makan.
Kalau ada sorang dua datang membantu tentu jejaka yang pura2 pengsan itu dapat semangkuk megi dan teh tarik free.
Kalau semua buat 'dek' elok bangun.Sia sia tunggu.
Ada Beza
Orang bawak cangkul masuk bandar orang kata itu orang gila.
Baik jangan peduli.
Orang bawak parang masuk bandar orang kata itu orang gila.
Baik kita lari.
Masing2 Ada Kelemahan Oiii....
Bila kita komplen service tak bagus dalam satu2 perkhidmatan awam pernah kah kita terfikir semula yang kita juge dari perkhidmatan atau jabatan lain.Adakah perkhidmatan jabatan kita terlalu bagus sangat.
Melatah Tak Sudah
(Disuatu malam dilaluan jalan yang sunyi)
Jangan sesekali anda begitu berani menepuk belakang bahu drebar teksi yang bekerja dihari pertama membawa teksi setelah bersara sebagai pemandu van jenazah.
Apakah yang akan terjadi.
Jangan Ketawa
Jangan ketawa terbahak bahak.Kalau tersedak muka naik merah kerana batuk tersekat sekat.
Masing Masing Punya Kepandaian
Ada orang pandai masak nasi.Ada orang pandai bikin capati.Ada orang pandai bagi komen jer.
Guna Akal
Jangan marah bila ada orang kata kita bodoh.
Kita boleh menjadi pandai apabila kita belajar dari kebodohan itu.Sebab kita ada akal.
Rabu, 5 April 2017
Please Don't Try This At Home
Tahan teksi salam tangan pemandu tanya kabar pastu cakap mau pinjam lighter.
Sape Terlupa Sape
Semalam makan roticanai punya laa sedap sampai keluar terlupa nak bayar.Mamak pulak masa itu sibuk sangat.
Hari ini datang nak bayar dan makan roticanai lagi dekat setengah jam tunggu tak sampai2 lagi.Sebab hari ini mamak kelihatan sibuk sangat.
Jangan jangan mamak terlupa Abang Misai tak?
Sifat
Dalam diri binatang ada sifat manusia.
Dalam diri manusia ada sifat binatang.
Contoh yang boleh Abang Misai lihat ialah Abang Misai pernah tengok beruk dalam zoo menggaru ketiak dan menggesel belakang badan kat tiang kayu.
Selasa, 4 April 2017
Kalau Mahu Uji Stamina
Kalau nak tahu kita boleh berlari kencang atau tidak cuba masuk pintu pagar rumah jiran yang ada anjing garang.
Kalau kita boleh berlari kencang meninggalkan anjing itu termengah mengah dibelakang itu dikira kita lari mencecet macam kilat.
Penyelia Kayu
Bila kena marah dengan penyelia jangan rasa berkecil hati atau rasa tertekan.
Ikut petua Abang Misai.
Sebelum penyelia keluar segera ambil kayu panjang dan bercakap dengan kayu itu 'Itulah kau.Kalau kau tolong aku tadi takder aku kena marah.Kalau dah kayu tu kayu juge'.
Cuber la..pasti Penyelia menoleh pandang kita sebab dia menyangka kita kata dia kayu.
Pandai Tapi Bodoh
Kalau Abang Misai bodoh Abang Misai pandai.Kalau Abang Misai pandai Abang Misai bodoh.
Paham tak apa yang Abang Misai cakap nie?
Aaaaapaaaa!!
Tak paam.
Ok.......biar Abang Misai beri contoh yang mudah.
Katakan depan Abang Misai ada sebiji bom lama zaman jepun.
Tetapi Abang Misai pandai.Abang Misai tak angkat pun bom itu dan buang ketempat lain.
Kalau Abang Misai pandai2 memang Abang Misai bodoh.Lagi tambah bodoh kalau Abang Misai pikul bom itu masuk balai.Konon nak jadi pandai buat repot.Tak pasal pasal Sarjan dan Koperal melompat keluar disebabkan kebodohan Abang Misai.
Awas
Sekarang nie kena hati hati bila duduk dibangku atau tempat2 duduk awam.Sebab dikuatiri ada orang orang terdahulu telah meninggalkan taik2 hidung yang dicalit dibawah dan dibelakang tempat duduk tersebut.
Sama Hebat Nie..
Seorang Boss yang hebat ialah apabila Staf datang lewat dia halau balik.
Seorang Staf yang hebat ialah apabila Boss datang lewat dia halau balik.
Isnin, 3 April 2017
Nasib Anjing Dengan Kucing
Kucing merayu dalam warung makan semua panggil 'Meow!Meow!Alamak comelnya'.
Kalau anjing merayau tepi warung.Pelanggan warung dengan tuanpunya warung bersatu hati 'Shioh!Shioh!!'.Kasi halau jauh jauh.
Sabtu, 1 April 2017
Terkena
Percaya tak kalau Abang Misai kata separuh atau setengah dari penduduk dunia pernah sekali semasa jalan bersiar siar dibawah pohon mesti terkena taik burung.