Mengenai Saya

Foto saya
BILA BERBICARA BIAR LOJIK WALAUPUN ORANG KATA KITA MERAPU. BILA MENDERMA BIAR IKLAS WALAUPUN SEDIKIT TETAPI KITA MAMPU.

Selasa, 28 Februari 2017

Kena juge

Tok Bomoh Misai boleh buat semua orang yang duduk disekelilingnya terperanjat atau tersentak.
Apa taknya....
Bila Tok Misai 'puhh' kiri.Orang yang duduk sebelah kiri mesti tersentak.
Bila Tok Misai 'puhh' kanan.Orang kanan lak terperanjat.
Bila Tok Misai 'puhh' depan.Orang depan pulak tersentak.
Jadi orang yang duduk belakang Tok Misai mesti urut dada sebab dia rasa dia selamat.Tetapi kalau Tok nak buat gurau Tok boleh toleh belakang bagi 2 kali 'Puhh!Puuh'.

Dah Buat Salah Baru Rasa Bersalah

Apabila seseorang itu ada buat salah mesti dia ketakutan.
Ini pernah terjadi apabila Abang Misai ternampak satu mamat tercicir sapu tangan selepas keluar dari tandas awam.
Abang Misai ambik saputangan itu dan kejar mamat itu.Dia pun cepat2 lari ketakutan.Tetapi Abang Misai kejar juge sampai dapat.
Akhirnya Abang Misai dapat cekup tengkuk dia.Mati2 dia mintak maaf tidak akan buat lagi.
Abang Misai pun hairan laa apa yang dia dah buat.
Dia bersumpah lain kali bila dia dah habis berak dia akan tarik flush.Pucat muka dia.
Abang Misai cakap Abang Misai bukan kejar dia pasal berak tak pam.Abang Misai kejar sebab nak serah saputangan dia.Baru nampak muka dia berseri sikit.Alahai....

Isnin, 27 Februari 2017

Gurau Kasar

Macam mana nak bergurau kasar dengan mamak.
Macam mana??
Macam ini boleh?
Mintak mamak tepung gandum satu kilo.
Pastu mintak dulang.
Pastu kuarkan duit 5 sen.
Letak duit 5sen itu dalam dulang pastu tabur tepung diatasnya.
Ok...
Kemudian mintak mamak tu cari bayang duit 5 sen itu dalam dulang.
Bila mamak kata tak nampak suruh dia rapat sikit muka dia atas dulang.
Perhatikan betul2 muka mamak dah hampir dengan dulang baru cepat2 kita tiup tepung itu.
Hee...muka mamak jadi putih kan.Kan..
Itulah gurau kasar namanya.

Harap kilat jer...

Abang Misai jumpa lampu aladin kat kedai antik.Lepas bayar terus lari balik gosok dalam bilik.
Dekat sari suntuk gosok harap kilat jer.Jinnya langsung tak keluar.Adess....

Jefridin Dan The Siglap5-Jangan Merayu

https://youtu.be/bOGjxtfoA74

Ahad, 26 Februari 2017

Aduhhh..letih.

Bila Abang Misai letih atau kepenatan dan rakan Abang Misai si Awang Hassan (bukan nama sebenar) pulak buat lawak Abang Misai hanya sekadar tersenyum.
Tersenyum bukan pasal dia buat lawak tetapi Abang Misai tersenyum melihat ada sisa sayur melekat dicelah celah gigi dia.Hiss....pengotor laa si mamat nie.

Hajat Tertunai Jua..

Abang Misai bersama lapan orang rakan sedang memancing ditepi tebing sungai.Hampir satu jam tidak sorang pun umpannya mengena.
Last2 Abang Misai bertekad.Kalau Abang Misai dapat naikkan sesekor ikan baung Abang Misai akan mintak salah seorang rakan mengerat sembilan ikan itu dengan bahagian ekor Abang Misai punya.
Selesai bertekad tetiba umpan Abang Misai mengena.Betul2 ikan baung.
Apa lagi Abang Misai melonjak kegembiraan bersama rakan rakan yang lain.
Seperti yang dijanjikan lantas seorang dari rakan Abang Misai pun mengeluarkan pisau dan mengerat ikan itu pada sembilan bahagian.Dan.....seperti yang dijangka Abang Misai dapat cukup2 jer hujung ekor.Alahai...

Jumaat, 24 Februari 2017

Lojik Hari Jumaat

Hari Jumaat patut semua orang lelaki tidak kira apa bangsa sekalipun diwajibkan pakai baju melayu.Bersampin dan bertanjak.
Selain dari kita bangga dengan pakaian budaya yang menarik ini kita juge dapat menarik ramai pelancung datang berkunjung di Malaysia.
Tapi jangan bagi keris.Baik keris panjang mahupun keris pendek. Kerana kita takut ada setengah setengah orang kita nie bila terlanggar bahu sikit mau gaduh.Nanti dia orang bersilat pelancung semua lari balik.
Walaupun pandapat Abang Misai ini agak mengarut tapi lojik kan kan kan...heh3x.

Botak Ada Makna

Botak Tengah melambangkan seseorang yang berjiwa kental menghadapi gelombang hidup.
Botak jenis ini dinamakan Botak Pulau.
Botak Lurus pula melambangkan seseorang yang jujur dan boleh dipercayai.
Botak jenis ini dinamakan Botak Lapangan Terbang.
Tidak kira botak apa pun yang pastinya orang botak ini memiliki perwatakan yang lucu dan.....................Pemalu.

Rezeki Datang Bergolek

Siapa kata rezeki tidak datang bergolek.Ada juge rezeki yang tiba2 datang bergolek.
Ini pernah berlaku dalam hidup Abang Misai.
Sewaktu Abang Misai sedang bersandar ditepi dinding restoran mamak tiba2 keluar seorang pemuda.Dia berhenti sekejab sambil meraba poket seluarnya lalu mengeluarkan sehelai saputangan.
Dengan saputangan itulah dia mengesat peluh kat dahinya.
Agaknya mee mamak pedas sangat berpeluh peluh dahi dia nak menghabiskan sepinggan mee.
Sewaktu dia menarik keluar saputangan itulah sekeping duit limasen jatuh tergolek betul2 dihujung kaki Abang Misai.
Dia buat tak tahu jer.Dia buat tak tahu Abang Misai pun buat tak tahu juge laa.
Lepas dia berlalu pergi Abang Misai pun ambik duit limasen itu dan cepat2 masukkan dalam poket belakang.
Limasen pun rezeki juga.Datang bergolek lagi.
Itu baru sorang.
Kalau ada limapuluh orang lagi lepas makan lap dahi kiralah berapa Abang Misai boleh dapat.Heh3x....

Khamis, 23 Februari 2017

Tak Gila

Orang tidak anggap Abang Misai gila apabila Abang Misai bercakap sorang sorang depan cermin.
Orang akan anggap Abang Misai gila apabila Abang Misai bercakap sorang sorang tanpa cermin.

Sembang Time Pokai

Masuk pertengahan bulan secara kebetulan Abang Misai ketemu dengan sahabat lama dihadapan warung mamak.Mesti masing masing bersembang dengan hebat hingga dia lupa nak pelawa Abang Misai masuk minum dan Abang Misai juge  macam pura2 terlupa nak pelawa dia masuk minum.Heh3x...

Mamai

Apabila orang itu asyik bercakap dan Abang Misai yang mendengarnya asyik menguap ini yang tak sonoknya.
Takut2 Abang Misai terlelap dia ambik kesempatan tampar belakang kepala Abang Misai.
Naya Abang Misai bangun mamai tercari cari sape yang tampar.

Rabu, 22 Februari 2017

Sebab Apa Bila Hujan Semua Orang Berlari.

Bila hujan sikit jer Abang Misai pun lari.Lari bukan pasal takut basah.Tetapi lari untuk menunjukkan kepada orangramai yang Abang Misai ini ada bakat berlari.Bakat besar yang Abang Misai sememangnya boleh berlari lebih kencang dari mereka yang bertempiaran lari.Heh3x.

Restoran Hari Hari Masuk Muka Macam Biasa.Hari Ini Luarbiasa Pulak

Pernah satu pagi tu Abang Misai duduk dalam restoran mamak dengan wajah yang serius.
Mamak pun tidak berani nak datang ambik order.
Dia tolak anakbuahnya pun anakbuah dia cuba menghampiri tetapi bila Abang Misai angkat kepala anakbuah dia buat u-turn dan berdiri belakang mamak.Takut agaknya.
Sebab apa Abang Misai buat muka serius.
Jawapannya:Sajer nak mengusik mamak.

Basikal Bujang Dan Beca Satu Famili

Kalau semua orang keluar kebandar naik basikal tentu bandaraya kita tiada pencemaran udara dan bunyi.Parking pun rapat2.Kalau celah2 basikal yang banyak itu ada terselit satu dua beca roda tiga faham faham jer la kan.
Mesti tuanpunya beca ini datang shoping satu keluarga.Kan..

Selasa, 21 Februari 2017

Terantuk Dahi

Bila Abang Misai jalan tunduk dan Abang Misai yang lagi satu pun jalan tunduk kearah Abang Misai mesti kat tengah tengah berlaga dahi.Bila sudah terantuk Abang Misai dan Abang Misai yang lagi satu itu sama sama tersenyum menampakkan keayuan misai masing masing.Heh3x..mesti masing masing berkata dalam hati 'Kerasnya kepala dia.Banyak masaalah kot...'.

Cara Mudah Dapat Makan Free

Bagaimana Abang Misai boleh dapat makan tengahhari percuma dikala poket tengah pokai?
BAGAIMANA???
Begini..........
Sebelah warung mamak ada pokok ceri.Bawah pokok ceri itu ada buaian tali.
Bila masuk waktu makan tengahhari Abang Misai pun duduk atas buaian itu.Abang Misai hayun pelan pelan...takut pening.Maklumlah perut kosong.
Kalau nasib Abang Misai baik dan kebetulan ada member pejabat masuk warung itu tentu dia ternampak Abang Misai.Bila dia nampak Abang Misai mesti dia lambai ajak masuk sekali.
Abang Misai pun ikut masuk....mesti dia nak belanja tuh.
Tapi kalau dia nampak Abang Misai sedang main buaian dan dia pura2 tidak nampak naya Abang Misai balik ofis minum air dalam balang biru.Heh3x...

Buang Tabiat

Ada orang dia suka cium ketiak dia sendiri.Itu namanya apa?Buang tabiat ler tuu..

Isnin, 20 Februari 2017

Lap Ada Sebab

Abang Misai lap muka dan lap cerminmata bukan pasal Abang Misai berpeluh.
Abang Misai lap sebab orang yang bercakap dengan Abang Misai itu bila bercakap habis tempias dia semua keluar.

Nasib Ali

Ali Baba seorang yang pemalas.Unta di pasang pasir pun tidak malas macam Ali Baba.
Tetapi tuah manusia tiada siapa yang tahu.Tambah tambah lagi kalau dengar cakap bini.Maka Ali pun masuk hutan cari kayu.Sayang punya pasal.
Dalam hutan ghupenya Ali Baba ada bakat jadi reporter dan berjaya menemuramah seorang 'kepala penyamunnnnn....'.
Dari situlah hidupnya berubah menjadi kaya raya.
Bila orang tanya bagaimana tiba tiba Ali Baba boleh menjadi kaya pandai pandai jer bini dia bilang Ali Baba kena ekor.

Dia Nafi Orang Lain Yang Kena

Ada satu bangku panjang.
Abang Misai duduk ditengah tengah.
Sebelah kanan Abang Misai ada satu awek jambu.
Sebelah kiri Abang Misai ada satu Aso tua.
Aso tua nie betul betul laa kacau.Tak boleh duduk diam.Asyik terbobot jer.
Awek sebelah dok pandang serong Abang Misai seolah olah Abang Misai bersalah.
Untuk membuktikan yang Abang Misai tidak bersalah Abang Misai pun tanya Aso sebelah:Hey Nyonya...lu kentut kan?
Aso tua tu jawab selamba jer:Mana arda!
Bila Aso itu nafi mestilah muka Abang Misai merah padam kan kan kan...sebab kalau bukan Aso mesti sidia itu.Takkan Abang Misai pulak.Sebab Abang Misai yang bertanya.Hee....

Ahad, 19 Februari 2017

Doktor Terduduk Geleng Kepala

Bila doktor periksa anak tekak Abang Misai mesti dia suruh sebut 'Arrrrrr...'.
Bila Abang Misai sebut 'Arrrr....' doktor pun terduduk geleng kepala.
Tentu Abang Misai risau bila doktor geleng kepala macam itu.Risau hati ini manalah tahu kot2 dalam hati doktor berkata kata nafas Abang Misai bau busuk.Tapi sajer dia tidak mahu bagi tahu.

Ingat Polis Boleh Tolong Ker..

Abang Misai:Polissss......Tolong!Tolong!!
Polis:Iyer...Incik.Apa yang saya boleh tolong?
Abang Misai:Mai rokok sebatang....
(Hee.....rokok dah mahal be)

Hilang Berganti

Semalam Abang Misai hilang seposen.Pagi nie Abang Misai jumpa Rm50 sekeping.
Nanti petang sikit Abang Misai nak terai hilangkan Rm50 sekeping.
Mana tahu nanti malam jumpa sekeping Rm100 lak.

Silap

Dalam sejuta orang rakyat Malaysia mesti satu orang pernah mengalaminya.
Kerana dah terlambat nak pergi kerja lepas sikat jambul dan rambut tepi telinga terus capai hphone keluar.
Sampai ofis baru tahu bukan hphone.Tapi terambil remote aircond.Ala ala....

Sabtu, 18 Februari 2017

Kesempatan Yang Tidak Sempat

Kita mesti mengambil peluang dari kesempatan yang ada sebelum tak sempat.
Inilah yang terjadi kepada Saudagar Kassim Baba.
Cara dia dah betul dah.Dia mai dengan lori 8 tan.Habis licin satu gua dia sapu.
Cuma dia tersilap sikit jer.Boleh boleh dia nak kebas mentol yang tengah panas itu...

Takut Kena Tangkap

Andai kata undang2 itu tegas.Sape2 yang main mercun mesti wajib ditangkap dan disumbat dalam lock-up untuk tempoh satu tahun.Maka dengan ini Abang Misai percaya sape2 yang curi main mercun dan polis nampak dengan serta merta sipembakar mercun itu tadi sanggup membuang mercun yang tengah menyala kedalam mulut dia.Heh3x...

Sedap Ghupenya...?

Garu garu ingatkan kena nyamuk.Ghupenya kurap.Patut sedap sampai meleleh airmata.

Nasib Baik Bukan Abang Misai

Ada seorang jejaka pakai kemeja putih.Seluar yenki.Tali leher biru.Kasut berkilat jambul tinggi.
Dengan berbesar hati dia mahu tunggu bawah pokok betik.
Dia takmo berteduh bawah pokok rendang sebab dah pernah kena 3 das taik burung dari atas satu kali.
Tetapi dia lupa atas pokok betik itu ada sebiji buah betik yang cukup masak ranum tunggu masa nak jatuh.
Dan buah itu akhirnya jatuh juge tepat dengan ketibaan jejaka itu 'pop' pecah berderai atas kepala.Alahai...dan jejaka itu bukan Abang Misai.Orang lain.Heh3x..

Hati Pemurah

Baru Abang Misai tahu ghupenya Abang Misai pemurah hati hari ini.
Masa Abang Misai duduk dalam bas naik satu pompuan mengandung.Lekas2 Abang Misai beri tempat duduk Abang Misai.
Tak lama lepas itu Abang Misai dapat duduk sebab ada satu orang dah turun.Tetapi Abang Misai bangun semula sebab ada awek cun naik dan berdiri sebelah Abang Misai.Abang Misai bagi dia tempat duduk.Lepas tu turun satu orang.Baru lega dapat tempat duduk itu lama sikit.
Bila bas berhenti Abang Misai pun bangun.Satu Aso yang dari tadi berdiri duk perhati Abang Misai dapat duduk.Dia ingat Abang Misai bagi dia tempat duduk itu.Berkali kali dia angguk kepala cakap terima kasih sama Abang Misai.
Kebetulan Abang Misai bangun sebab Abang Misai dah nak turun sebab dah sampai destinasi.
Heh3x...begitu kesahnya.

Jumaat, 17 Februari 2017

Kepala Batu

Seseorang itu benar benar 'kepala batu' kalau orang lihat dia memikul 4 bijik buah durian atas kepala dan jalan berkepak.
Sebab apa dia jalan berkepak.
Sebab dia ada kepit sebijik durian celah ketiak kanan dia.Dan sebijik lagi celah ketiak kiri dia...Heh3x

Gila Bukan Gila

Kerana kegilaan seseorang lah maka hari ini ada kapalterbang.
Kerana ada satu orang gila maka hari ini kita ada talipon.
Kita harus ingat bahawa orang gila inilah yang telah menghasilkan suatu ciptaan diluar kotak pemikiran kita.Jadi salute dan kasihi mereka termasuk juge yang memang gila...Heh3x

CPR

Bila sicantik manis pengsan.Berebut jejaka nak beri CPR iaitu pernafasan mulut kemulut.Ada hati perut konon.
Bila Aso atau Bang-Ali pengsan semua jejaka geleng kepala.Sakit perut konon....Heh3x

Kuat

Abang Misai percaya semua orang ada kekuatan.
Ada yang kuat makan.
Kuat tidur.
Kuat bercakap.(Bukan bercakap kuat).
Kuat lari.
Kuat merajuk.
Dan yang paling teruk.Kuat Mengencing...Heh3x

Rezeki

Siapa kata rezeki itu tidak datang bergolek.Ada juge rezeki yang tiba2 datang bergolek.
Ini pernah berlaku dalam hidup Abang Misai.
Sewaktu Abang Misai jalan kehulu kehilir depan warung mamak tetiba ada kawan lama tiak dari dalam.Dia panggil masuk.Apa mau makan mintak.Jangan memalu.
Abang Misai pun mintak Mee Goreng mata telor satu.Roti bakar 2.Telor separuh masak 2.Teh tarik satu.Air kosong satu.
Maklumlah kawan lama tak jumpa.Terakhir sekali berjumpa masa sama sama naik haji...opss silap.Sama sama hantar orang pergi haji...Heh3x..

MC

Abang Misai:Boss...ari nie saya mc.Sakit tak boleh bercakap.
Boss:Kamu sape?
Abang Misai:Abang Misai boss.
Boss:Berapa hari?
Abang Misai:Dua hari boss.
Boss:Baik laa...
Lepas 2 saat Boss letak talipon Abang Misai dapat agak Boss mesti tertanya tanya 'Kalau Abang Misai sakit tak boleh bercakap tapi elok jer dia bercakap'.
Dan Abang Misai dapat agak kejap lagi mesti dia talipon Abang Misai mahu cari kepastian.
Memang betul.
Boss talipon semula Abang Misai.
Boss:Kamu cakap kamu sakit tak boleh bercakap.Kamu bohong mc yer.
Tetapi Abang Misai seorang jejaka yang bijak.Dalam kepala otaknya sentiasa berputar.
Abang Misai:Silap cakap Boss.Bukan sakit tak boleh bercakap.Sebenarnya sakitnya tak boleh nak cakap.
Hee....

Taik Hidung

Belum pernah tercatit dalam sejarah orang mengadu taik hidung dia boleh jatuh dengan sendirinya dari lubang hidung.
Untuk mendapatkannya pun kita terpaksa bersusah payah mengoreknya.Kan kan kan...Heh3x...

Bukan Malang

kita tidak dikira malang sekiranya kita korek2 tanah nak cari emas tapi akhirnya terkorek perigi air.
Kerana dengan adanya air perigi itu kita boleh mandi sepuas2nya tanpa kena bil air.Heh3x...

Senyum Tidak Bererti Encem

senyum2 depan cermin pastu jelir lidah panjang2.Buwekkkk...ancem konon.Pirahhhh...